|
:: Tuesday, December 09, 2003 ::
PEMBENTUKAN JANIN: KEHEBATAN AL-QURAN + KAJIAN SAINS
ehsan: Berita Harian online
AL-QURAN menyatakan dengan jelas mengenai tahap perkembangan janin bayi manusia dalam rahim ibunya. Sebelum atau selepas al-Quran diturunkan hingga satu jangka masa dan zaman yang agak panjang, tidak ada maklumat ilmiah yang jitu berhubung pembentukan janin bayi insan seperti yang disebutkan al-Quran.
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari suatu sari pati (berasal) dari tanah.
“Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik."
(Surah al-Mu'minuun, ayat 12-14)
Al-Quran menyebutkan peringkat kejadian janin bayi manusia sejak 1,400 tahun lalu.
Kajian sains pada zaman ini mengesahkan kebenaran maklumat berkenaan dan penggunaan bahasanya paling tepat serta teliti. Perkembangan janin manusia yang disebutkan oleh al-Quran adalah mengikut tahap seperti berikut.
*Sari pati tanah.
* Air mani dalam rahim ibu.
* Kemudian menjadi segumpal daging (embrio).
* Dalam segumpal daging itu dijadikan tulang.
* Tulang itu disaluti dengan daging.
Tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat pada zaman Rasulullah yang meminta daripada Baginda maklumat berkaitan peringkat perkembangan janin dalam rahim untuk membuktikan kebenaran al-Quran.
Andai kata maklumat dalam al-Quran itu tidak selari dengan kajian sains masa kini dalam bidang embriologi, maka maklumat berkenaan tentunya menjadi senjata dan bukti bagi orang yang tidak beriman untuk memusnahkan Islam masa kini.
Kesimpulannya, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala hakikat seperti itu dan al-Quran itu adalah satu kebenaran daripada Allah.
i said: "Subhanallah wa Allahu Akbar"
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 7:57 pm [+] :: |
Viewers Viewing ()
|