Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Monday, February 02, 2004 ::

IBADAH KORBAN

sumber: bicara muslim.com

Hari Tasyrik adalah tiga hari selepas Aidiladha. Satu dari ciri istimewa hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban hanya boleh dilakukan selepas solat Aidiladha, iaitu selepas khatib menyampaikan khutbah, sehinggalah sebelum tenggelam matahari hari 13 Zulhijjah.

Ibadah korban mempunyai nilai tinggi dari sudut ibadat dan kemasyarakatan. Ia adalah satu penyaksian terhadap ketakwaan kita kepada Allah. Ia adalah salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:
“Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperoleh dari binatang itu, sekali-kali tidak sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai kepada Allah adalah ketentuan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang Dia anugerahkan kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”
(Surah al-Hajj, ayat 37)


Disunatkan mereka yang menjalankan ibadah korban agar mengambil sepertiga daripada daging itu untuk keluarga sendiri manakala selebihnya diberikan kepada orang miskin atau orang yang meminta. Malah, lebih baik jika keseluruhan daging diberikan kepada fakir miskin.

Mereka yang akan menjalankan ibadah korban disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri. Jika tidak mampu, maka saksikanlah upacara korban itu sendiri. Menyaksikan sendiri ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri kerana apabila darah pertama mula mengalir ke bumi, ketika itulah Allah mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban itu. Rasulullah menyuruh puterinya Fatimah menyaksikan ibadat korban yang dijalankan atas namanya.

Sabda baginda, yang bermaksud: “Bangunlah dan pergilah menyaksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan pertama darah yang mengalir, akan diampunkan dosa-dosa kamu yang lalu.”
Malah, ketika menyaksikan ibadah korban itu, kita disunatkan memohon kepada Allah, dengan membaca doa: “Ya Allah! Ini daripada Engkau dan untuk Engkau, maka terimalah daripada kami.”

Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.

alhamdulillah, sekali lagi thn ni papa dikurniakan rezeki utk laksanakan korban lagi utk kami sekeluarga + aqiqah utk ketiga2 cucundanya yg baru:

1. Ilmam Al-Zahin b. Tauphiq Al-Hakim
2. Siti Alia Yasmin bt. Mohd. Shahrin
3. `Illiyyin Aufa bt. Syahrizal

t'ingat papa pasti mengalirkan airmata tatkala m'relakan penyembelihan korban keluarga kami dijalankan. dan, kami adik-beradik pasti dimintanya utk menyaksikan ibadah t'sebut. kini, baru aku tahu sebab apa... :)


:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 5:23 am [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS