|
:: Friday, January 06, 2006 ::
TODAY IS THE DAY: 060106
yup, today is the day.
alhamdulillah, Allah bagi k`sempatan utk aku hidup setahun lagi.
entah kenapa,
hari ni, hati terasa begitu sayu.
mengenangkan segala nikmat yg telah Allah kurniakan padaku sejak dari lahir hingga kini, terasa kerdil sungguh aku ini.
telah Allah kurniakan pelbagai nikmat untuk aku rasai.
nikmat menjadi seorang anak yang disayangi Papa + Mama, nikmat menjadi seorang kakak yang disayangi adik2---> Imad, Fiffy + `Atif, nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami yang kupanggil Abang,
dan,
nikmat paling besar kurasakan, menjadi seorang ibu kepada 2 cahaya mata, penyejuk hati---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar.
syukurku padaMu ya Allah,
kerana konsisten memberi ujianMu padaku, petanda Kau mengingati aku yang lemah lagi hina ini.
ya Allah,
janganlah Kau biarkan aku menentukan nasib diriku sendiri, bantulah aku untuk senantiasa dekat padaMu.
ya Allah,
Kau sabarkan serta tabahkanlah hatiku dalam menyelusuri hari2Mu, kurniakanlah daku ketenangan serta keterangan hati dalam menghadapi setiap ujianMu, jadikanlah aku, hambaMu yang senantiasa bersyukur atas tiap2 nikmatMu...
Salam Hari Lahir, Baiti...

... approximately, 25 years ago ...
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 12:06 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|