|
:: Monday, July 03, 2006 ::
MAK
Sedari kecil aku dibesarkan oleh insan yang aku panggil Mak.
Iya, Dia mendewasakan aku tanpa sebarang sungutan. Tegar, dengan setiap kenakalan + kedegilan. Sabar dengan segala kerenah + gurauan. Sesekali dia kan tersenyum sipu, tertunduk malu bila aku mengusik nakal gelagatnya yang senantiasa mencuit hatiku.
Aku rindu Mak. Rindu SANGAT...
Mak tidak pernah menjejak kaki ke gedung ilmu. Kala kecil ku pernah bertanya, "... Mak! Mak dulu, sekolah mana? ..."
Lantas, dengan hilaian tawa Mak menjawab, "... Sekolah DAPUR!!!..."
hahaha, aku tertawa seakan tidak percaya. "... Huh, mana ada Sekolah Dapur! ..."
Itulah hakikatnya. Mak tidak pernah ke sekolah, tidak pandai membaca apatah lagi mengeja. Eheh, tapi, cukup accurate kala duit dikira, hehehe...
Pernah sekali aku beritahu Mak supaya menghafal nombor2 telefon yang penting kalau ada kecemasan. Sambil2 tu aku tunjuk nombor2 pd butang telefon. Mak akan hanya mengangguk2 sambil tersenyum malu. Bila aku minta Mak test dail, hiks, Mak malu nak tunjukkan skillnya.
"... Mak tahu lah, Along..."
hiks, oooppss! aku terunderestimate Mak.
Aku rindu Mak. Rindu SANGAT.
Mak seorang yang sangat2 penyabar, sangat2 pendiam + pemalu. Dulu, acapkali aku pulang dari sekolah atau berpergian ke mana2, orang pertama yang aku cari... Mak. Aku menyelusuri jalan ke dapur, dan pastinya kelihatan dia sedang asyik + sibuk menyiapkan segala macam juadah makanan. Maka, aku ngan selambanya akan mengejutkannya dari belakang. "... HAH! ..." hehehe... "... Eii, terkejut Mak!..." Lantas, Mak akan mengurut dadanya berkali2.
Aku suka peluk Mak, sebab badan Mak rasa mcm DunlopPillow, hehehe... Mak + aku punya minat yang sama---> Ice Cream. Mak suka sgt2 makan ice cream + kalau lawan makan sapa cepat, sure Mak menang. Sebab, Mak xde gigi hehehe... Makan ice cream selamba jer x rasa sejuk.
Aku sayang Mak, sayang SANGAT2. Bberapa hari sebelum aku bertolak ke London, Mak nampak sedih sgt2. Bergenang air mata di bibir mata Mak. First time raya di London, orang pertama yang aku call---> Mak. Aku x faham langsung butir2 bicara Mak dalam telefon sebab Mak bersuara dalam tangisan. Mak kata, "...Mak rindu Along! Along bila nak balik?..." Sudah pastinya aku yang di seberang lautan ketika itu juga menitiskan air mata. Namun, aku bertindak macho sambil buat2 tergelak kecil.
Seselesai jer pengajian ACCA Abang di London, aku pohon pd Abang utk pulang for good ke Msia. Hati ni rasa x tenteram sekali. Alhamdulillah, dapat jua aku lepaskan rindu pada Mak.
Namun, wajah Mak kini kulihat tidak bermaya lagi seperti dulu. Seperti ada yang tak kena. Maka, benar. Mak pergi. Mak pergi setelah beberapa bulan kepulanganku ke Malaysia. Beberapa ketika sebelum Mak pergi, Mak ingin hadiahkan padaku sepasang kain untuk baju kurung. Aku menolak, tapi Mak bertegas utk membeli. Katanya, kalau dia tiada, sekurang2nya hadiah tu akan mengingatkan aku pd dirinya.
Pemergian Mak memberi impak yang sangat besar. Aku seperti tidak percaya dia tiada. Setiap kali aku pergi melawat ke rumah Mak, automatisnya aku akan meluru ke dapur utk melihat dia...
Namun, tiada lagi kelibat Mak. Yang ada kini, hanyalah kenangan berharga yang takkan aku lupakan sampai bila2. Sendu, bila Mak hanya dapat mengenali Aufa buat seketika. Sendu, kerana Mak tak berpeluang menimangi Amsyar. Mak sering membayangkan anak2ku dengan melihatkan akan keletahku. Mungkin seumur itu lah aku mula ditatangi Mak.
Aku menyayangi Mak bukan seperti seorang cucu menyayangi neneknya. Aku menyayanginya lebih dari seorang ibu. Aku menganggapnya seperti ibu kandungku sendiri. Dia dikenali sebagai Tok Mak oleh sepupu2ku, tapi tidak pada aku. Dia ku anggap seperti ibu.
"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2nya. Tempatkanlah dirinya di kalangan insan2 yang Kau kasihi"
Mak, Along rindu Mak...
Al-Fatihah.
.:: Dengan Arwah Mak time kenduri di pihak lelaki
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 8:03 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|