|
:: Thursday, February 22, 2007 ::
MY 2 BEST FRIENDS
Alhamdulillah, mujur aku dikurniakan 2 penyejuk mata + hati. Sekurang-kurangnya, aku tak rasa sunyi, tak rasa sepi. Sekurang-kurangnya, ada teman untuk berbicara, bergurau senda, bertekak + bertegang urat, hehehe..
Mujur ada mereka. At least, aku rasa happy melayan kerenah mereka yang pelbagai.
Frankly speaking, memang aku rasa sedikit sunyi dengan kehidupan begini. Tapi, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kehidupan orang lain yang mungkin lebih hebat dugaannya daripada apa yang aku hadapi.
Betul kata KakLuna, sekurang-kurangnya, Dia ada di sisi walaupun tempohnya seketika cuma..
Aufa kini semakin petah berkata-kata. Teman akrabku dalam bersembang. Huh, aku tak lah terror nak bersembang, tapi duk layan persoalan-persoalan yang keluar dari mulut dia, buat aku rasa geram sebab letih nak menjawab, hehehe.. Alih-alih, dia tanya.. dia sendiri yang jawab, muahahaha.. sambil bertanya (tanya lagi) meminta persetujuan, ".. kan Ummi, kan? .."
Namun, dia cukup caring menanyakan keadaan bila dirasa ada yang tak kena. ".. Ummi, are you OK?.." Selagi tak dijawab pertanyaan tu, selagi tu la dia duk tanya soalan yang sama, sampai dia rasa puas hati.. Maka, terpaksalah aku jawab, ".. YES, I'm OK!!.." Walaupun kadang-kadang rasa tak OK, hahaha..
Cukup cerita pasal bersembang. Kalau dengan Amsyar, alahai.. cik Kak sorang ni, susahnya la nak mengalah---> My stuffs is my stuff. Your stuffs is MY stuff. Wah-wah, banyak lak cengkadak dia. Semua benda kalau boleh dia punya sorang je. Muahahah, budak-budak lah katakan.. Kadang-kadang, aku saja je layan gaduh ngan dia, hehehe..
Punya 2 askar kecil di rumah, memang adakalanya memeningkan. Itu yang kekadang ternampak-nampak burung-burungan, takpun bintang-bintangan menghinggap kat atas kepala. Paling haru, bila time aku nak solat. Aku tak tahulah kenapa, tapi, budak 2 orang ni sukaaa sangat landing atas tempat sujud aku atas sejadah. Untuk cuba dapatkan solat yang khusyuk, aku selalu cuba pejamkan mata ketika solat (bukan tidur ek!). Maka, selalulah jugak aku terlanding atas perut diaorang ni secara tak sengaja, hehehe.. Tu belum citer kes derang suka main cak-cak dalam telekung aku masa solat. Boleh batal solat aku sebab tak khusyuk + menahan gelak dengan telatah diaorang ni.. *geleng*
Abang kata, Amsyar ni Anak Ummi (memang ler anak aku, sebab aku yang kuarkan dia, hehehe..). Sikit-sikit nak Ummi, sikit-sikit nak Ummi. ---> Huh, ayat jealous sungguh!! Hehehe.. Yang aku perasan, Amsyar ni agak lebih cepat tangkap dari Aufa (dalam usianya sekarang). Aufa tu pun memang cepat tangkap. Amsyar dah pandai melagukan lagu Allahumma.. from Sami Yusuf. Bagi Aufa yang sudah agak petah bercakap, lirik lagu tu dah dihafalnya.
Ya, memang terhibur dengan keletah kedua-duanya. Merekalah penawar + racunnya (err.. macam tak best plak sebut racun, hehehe..). Alhamdulillah, Allah kurniakan mereka kepada aku. Walaupun kedua-duanya were unexpected pregnancies. Mungkin, inilah sebabnya.. mungkin, ini yang Dia mahu.. Untuk aku merasai kebahagian ini.. The unconditional love of cutie pure hearts.. ;)
Allah itu, sebaik-baik Perancang, Yang Maha Mengetahui + lagi Maha Bijaksana..
Thank you Allah..
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 6:19 pm [+] :: |
Viewers Viewing ()
|