Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Thursday, May 24, 2007 ::

ASASIAN, EX-AZLAN, KASAS

Hmm, ketiga2 nama di atas punya maksud yang serupa dan menjurus kepada entiti dan identiti yang sama.

Lewat 2/3 minggu yang lepas, aku telah meng-add-kan diri dalam alumni tersebut. Pelbagai cerita + pengalaman dibaca dari bahagian discussion forum-nya. Namun, sadisnya group tu ramai junior belaka, hehehe.. Bila baca2 tu, teringat lak zaman2 aku dulu belajar kat situ. Macam2 cerita.. baik yang happy, lucu + seram pun ada.. *ketar.. ketar.. ketar..*


Aku menjejakkan kaki di bumi itu seawal tahun 1997. Hajat di hati nak ke sekolah sains- satu, sebab aku memang sangat-sangat minat subjek sains + teruja dengan cerita2 teman akan kehebatan sekolah2 sains. Dua, sebab yang biar aku sorang je yang tahu, hehehe.. :P. Namun, mungkin dah tertulis untuk aku belajar di bumi itu. Kata orang, berkat.. belajar kat situ..

Aku ingat lagi kali pertama aku jejakkan kaki ke sana utk sessi pra-pendaftaran di bilik guru. Beberapa pelajar lama sekolah tu yang ada kat situ, duk tengok2 aku + bisik2 sesama mereka.

".. Aisey man, apesal lak ni? Tudung aku senget ke? Baju aku terkoyak ke? Aku pakai baju terbalik ke? .." (taklah aku cakap depan2, tu cakap dalam hati tu, hehehe..)

Peliks sungguh!! Tapi, time registration or first day aku nak start belajar.. tak sempat lagi aku masuk kelas nak kenalkan diri ke apa, nama aku dah ada ditulis kat satu papan kenyataan satu kelab tu (SLAD) oleh si Ntah Sape Yang Mengada2, :P.

Aisey.. apa kes ni? Baru first day ni.. Satu lagi yang aku tak tahan, duk heboh aaa ngan budak batch aku ni.. yang muka aku sejibik ngan sorang budak lelaki yang sama mcm aku, baru masuk sekolah tu. Aisey.. tensen betul. Baru first day dah macam2 cerita. Takpe, aku sabar je la..

Lupakan citer first day aku kat sekolah tu..

Aku ingat lagi, sekolah aku tu selalulah sangat2nya ada problem ngan air + elektrik. Aku ingat lagi, ada satu hari tu pagi-pagi nak siap gi sekolah air takde. Tepuk dahi, aku! Aisey.. camne nak mandi? At least bagi chance-lah aku nak gosok gigi, hehehe.. So, aku ngan beberapa orang senior + beberapa kerat budak junior pakat-pakat mandi kat Taman Cendawan kat sekolah kitaorang. Huhuhu.. sapa yang sekolah tu sure tau kat mana :P. Pergh, kerja gila sungguh!! Mandi pun ala-ala kambing jer gitu, hahaha.. sebab takut budak2 Aspura datang kat situ gak nak mandi, hahahah.. Kira macam, sorang mandi.. 1 ke 2 orang jadi mak guard tengok2 kut ada sapa2 yg datang.. hahaha.. lawaks.. :P.

Problem ngan letrik plak.. Usually time malam lah, especially bila time kilat sabung menyabung, selalunya lah black-out kat sekolah aku tu, hehehe.. Aku selalu gak doa biar letrik xde time prep malam, so.. x yah gi prep, hehehe.. Aku kureng suka skit duk kat bilik prep tu, belajar ramai-ramai.. sebab selalunya akan melencong ke aktiviti-aktiviti lain, hehehe.. So, port aku yang paling best ialah di Bilik Prefect. Memang kat situ aaa.. port paling best aku study. Daripada aku sorang, lepas2 tu join lah lagi beberapa org prefect duk study kat situ.

Hiks, ada satu kejadian tu.. time prep malam, aku study kat situ sorang2 siap tutup pintu berengsel semua. Tup.. tup.. black-out!! Apa lagi, maka bergegar-gegarlah pintu bilik prefect tu aku buat sebab nak cuba bukak + melarikan diri, hahahah.. Takut punya pasal, hahahah.. Tapi, yang terasa hampehnya, time aku dah berjaya membuka pintu + sedang membuat aksi melarikan diri, tetiba ada plak letrik.. Maka, member2 yang nampak aku duk kalut yang amat sangat tu punyalah ketawa berdekah-dekah.. Aisey, malu Makcik, hehehe.. Lawaks sungguh rasa..

Hiks, tapi, ada sebab aku rasa takut..

Sejak dari hari tu, aku tak berani dah ngada-ngada nak tutup pintu bilik prefect tu. Biar je la dia terbukak luas. Sesekali boleh aku mengintai member2 aku yang tengah duk study kat bilik prep tu. Hiks, study ke dema? Kalau black-out ke apa, bleh senang aku lari2 sambil control macho, hehehe..

Ada gak beberapa peristiwa seram yang aku alami. Hiks, malaslah nak citer.. Tapi, pernahlah jugak aku melompat masuk ke kelambu kawan aku time tidur malam, hehehe.. Aku takdelah main lompat masuk jer, aku bagi salam dulu, Assalamualaikum.. hehehe.. Eh, taklah.. biasanya aku akan tanya member aku tu, bleh tak aku tumpang tidur sebelah dia. Dia takkan tanya sebab apa, sebab aku rasa dia pun tahu. Tidur kat katil sebelah tingkap memang macam2 ada, hehehe.. Tingkap plak tu, ala-ala gigi rongak. Aisey, geleng kepala.. Tapi, tak selalu aku buat camtu.. Lama-lama aku beranikan diri jugak tidur kt katil aku tu berbekalkan doa + bacaan ayat suci Al-Quran, alhamdulillah xde gangguan lagi.

Apa lagi yang aku nak citer kat korang ek? Ooo.. pasal makan. Aku suka hari Jumaat, sebab hari tu, akan ada menu yang best2 macam nasi minyak ke tomato ke etc. Breakfast yang paling meriah bagi budak2 asrama ialah dapat makan nasi lemak. Kalau time2 Roti Playa (Planta + Kaya), maka ramai ler yang pakat2 tak turun ke dewan makan + merelakan diri bebelanja di kantin sekolah. Kat kantin sekolah plak, memang kita orang selalu time rehat, makan nasi lemak + dengan sambal yang kitaorang panggil sambal bodo. Sebab apa panggil camtu, sebab dia memang kuah sambal semata-mata. Takde ikan bilis ke apa. Kalau ada pun seekor dua, bukan seekor dua, separuh ekor atau dua, hehehe.. Yang terasa bodohnya, sebab kitaorang still gak beli + makan kat situ. Pedas dia.. fuh.. kalau lepas rehat tu, masuk kelas.. masing-masing bibir merah menyala macam pakai lipstik, hehehehe..

Hiks, bila dah makan benda yang berlemak-lemak ni, biasalah kan---> ngantuks. Hmm, kalu ngantuk dalam kelas tu biasanya aku akan cuba tahan semampu yang boleh kecuali dalam kelas Ustaz Amin, kelas Bahasa Arab Tinggi. Adei, mata ni bagai melambai-lambai suruh tido. Aku rasa, bukan aku sorang je, hampir semua lah yang dalam kelas tu sure jadi lentok semacam jer, hehehe.. Tunggu.. sampai kena sergah ngan ustaz, barulah masing-masing mula cuci mata, hahaha..

Apa lagi ek? Macam-macam lagi la.. Banyak kenangan aku kat sekolah tu. Banyak perkara yang aku belajar kat sana. Nak citer semua kat sini, entah berapa lama korang larat nak baca, hehehe..

Ucapan terima kasih aku buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku kat sana + semua guru yang pernah mengajar aku dari tadika sampai la.. dah tua ni, heheheh.. Tanpa guru, siapalah aku.. ;).

Dah lama aku x jumpa member2 KASAS aku. Bersembang-sembang pasal kisah dulu-dulu, pasti menarik, kan? ;)


Sekolahku-- > SMKA Sultan Azlan Shah


:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 6:29 am [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS