Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Friday, July 20, 2007 ::

♥ ANSWERING ZAKIAH'S TAG ♥


Pergh..
Lama sungguh nak menjawab tagging orang Dubai ni, hehehe..
Sorry Kiah.. ke-bz-an, hehehe..

Hmm, aku paling suka cari nama baby, hehehe.. Dulu-dulu, kalau sebelum kahwin, aku akan jadi mangsa (keadaan?) untuk ditugaskan mencari nama yang baik2 untuk sepupu sepapat aku atau anak-anak derang. Bila ada jer yang nak 'meletup' maka, talian telefonku akan jadi talian hotline mencari nama, hehehe.. Nak kata terror bebenor tu idak ler, tapi ntah kenapa, aku ler yang menjadi mangsa :P.

Biasa ler, aku dulu.. suka gak berangan-angan nak letak nama anak apa, hehehe.. Hiks, korang yang tengah sengih-sengih baca ni, sure korang pun 2x5, ahaks!

Anyway, bagi aku, nama ni SANGAT PENTING. Ia bagaikan doa untuk anak-anak kita. Moga nanti mereka membesar menjadi seindah makna di sebalik nama mereka. Aku tak faham, kadang-kadang ada yang ambil sambil lewa tentang nama + maknanya. Anyway, itu hak individu. Mungkin mereka ada alasannya..

Aku suka nama yang unik (+ of course, with a good meaning).

Unik, yang mana dalam dunia ni mungkin tak lebih dari 10 orang yang punya keseluruhan nama yang exactly sama ;). Aufa mungkin kat Malaysia ni pun dah ramai nama yang sama. Tapi, `Illiyyin Aufa, mungkin hanya ada satu dalam seribu atau mungkin satu dalam sejuta. Unik dari segi namanya, unik juga dari segi kuantiti manusia yang memiliki nama yang sama.

Dan, aku sangat berharap, moga satu hari nanti, anak-anak aku ini akan berasa bangga dengan nama mereka dan berasa betapa istimewanya mereka kepada aku dan Abinya.

Apa makna + kisah di sebalik nama si buah hati?..

OK, here it goes..

1. `Illiyyin Aufa

Aku jatuh hati sangat pada nama `Illiyyin. Bunyi sebutannya sahaja melambangkan kelembutan. Terjatuh hati ( ;) ) bila diri mula membaca buku tentang kisah syurga. Dan, `Illiyyin merupakan salah satu nama syurga. Sudah semestinya, sebagai hambaNya aku mengharapkan syurga dariNya jua syurga buat insan-insan yang aku sayangi.

So, nama `Illiyyin memang aku reserved dah lama. Even sebelum preggy pun. If, dapat baby girl.. `Illiyyin, pasti jadi namanya.

Aku paling suka kalau nama disebut dalam Al-Quran. Ada satu hari, sambil aku baca-baca Al-Quran, terbaca nama `Illiyyin dalam Surah Al-Mutaffifin.

Buka Tafsir,
`Illiyyin: Tempat simpanan kitab amalan yang baik

Gembira bukan main.
Nama yang di-reserved memang terSANGAT bermakna :).

Dari Tafsir Ibn Kathir:

[كَلاَّ إِنَّ كِتَـبَ الاٌّبْرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ ]

(Nay! Verily, the Record of Al-Abrar (the righteous believers) is in `Illiyyin.)
"This means Paradise.'' Others besides him have said, "`Illiyyin is located at Sidrat Al-Muntaha.'' The obvious meaning is that the word `Illiyyin is taken from the word `Uluw, which means highness. The more something ascends and rises, the more it becomes greater and increases. Thus, Allah magnifies its affair and extols its matter by saying,


[وَمَآ أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ ]

(And what will make you know what `Illiyyin is)
Then He says by way of affirming what will be written for them,


[كِتَـبٌ مَّرْقُومٌ يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ ]

(A Register inscribed. To which bear witness those nearest.)
They are the angels. This was stated by Qatadah. Al-`Awfi reported from Ibn `Abbas that he said, "Those nearest to Allah in each heaven will witness it.'' Then Allah says,


[إِنَّ الاٌّبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ ]

(Verily, Al-Abrar (the righteuos believers) will be in Delight.)
meaning, on the Day of Judgement they will be in eternal pleasure and gardens that contain comprehensive bounties.


Untuk nama "Aufa", mula berkenan dulu dengan nama Wafa sebab quite Arabish + because of the meaning--> yang setia (Huhuhu.. dulu ada artis Malaysia yang nama ni jugak).

Disebabkan rasa x best kalau ada orang punya nama yang sama :P, dengan pengetahuan bahasa Arab yang ada + tak seberapa (dah nak berkarat dah, :P), main-main dengan perkataan wafa ( perkataan asas) dalam bahasa Arab. Rasa-rasa, boleh diubah menjadi Aufa (yang SANGAT setia). Sama juga dengan contoh lain macam perkataan kabara (kabir: besar) boleh diubah menjadi akbar (sangat besar) untuk menggambarkan sesuatu yang sangat besar. Ala, mcm big, bigger, biggest ;)<-- dah jadi cam kelas bahasa Arab le pulak :P. So, bila rasa-rasa macam nak guna nama Aufa ni, nak kena reconfirm-kan betul-betul yang perkataan ni memang ada + punya makna yang sama. Apalagi, Kamus Al-Marbawi (kamus rasmi bahasa Arab time sekolah dulu ) milik Kak Arnida (kakak Abg. Ashrif) yang sedang buat Master in Arabic Language (kalau x silap) di Edinburgh, Scotland aku selak untuk memastikannya ;). Kenapa kat Scotland? Eheh, biasalah. Walaupun tengah tunggu hari jer nak meletup masa tu, aku masih lagi ada hati nak jalan-jalan kat sana, hahaha.. Nasib baik si Aufa x jadi anak Scotland, hahaha..

Gumbira tak terhingga.
Perkataan yang sama + punya makna yang juga sama! Terasa terror jugak aku gunakan ilmu bahasa Arab aku tu dulu, walaupun masa belajar kat sekolah dulu, terasa sangatlah hampehnya, muehehe.. Oooppss, should say Alhamdulillah.. berkat ilmu yang aku belajar dulu ;).

So, reserved ler nama `Illiyyin Aufa + another name for a boy. Masa tu x sure + x nampak dapat baby apa even, tetiap bulan pegi scan--> dia nak kasi surprise!!! :). So, keluar-keluar Aufa ke dunia dengan mata yang duk kedip-kedip tengok Ummi dia, kami namakan dengan `Illiyyin Aufa. Rupanya, baby ni memang nak nama yang Ummi dah reserved lamaaa.. untuk dia ;).

Sekarang ni, aku tengok dah ada nama Aufa ni dalam buku nama-nama baby. Ke memang dah lama ada, aku jer yang tak tengok, heheheh.. Apa-apa pun, memang itu kisah benar dalam pencarian nama cik Aufa yang suka berangan jadi Princess ni ;).

`Illiyyin: Syurga, Tempat simpanan kitab amalan yang baik
Aufa: Yang sangat setia, Berpegang pada janji


2. `Iyaad Amsyar

Masa mengandungkan Amsyar, aku memang tengah kalut dengan assignments + exams semua. Mula-mula, ingat nak guna jer nama baby boy yang aku reserved-kan masa mengandungkan Aufa dulu (Amsyar dah bagi hint kat Ummi even just 4 months old inside the tummy). Nama tu memang sedap (Zilla, kalau ko nak nama tu, kasik royalty, hehehe..). But at the same time, cuba jugak cari nama-nama lain yang sesuai.

Suka dengan huruf `ain sebab unik + sepesen dengan huruf pertama nama `Illiyyin. This time, senang sikit, cari online jer ;). Mula mencari, terus berkenan dengan `Iyaad: Pemurah, yang memberi sokongan + kekuatan. Memang kena dengan orangnya ;) sebab mengandungkan Amsyar selalu jugak rasa down. Maybe, sebab tengah belajar kan, so, banyaklah peningnya, hehehe.. Amsyar will make me happy dengan tarian geduk-geduknya dalam perut Ummi. Sampai orang lain pun boleh noticed perut tu bergegar-gegar luar daripada biasa, hahaha.. Dia macam bagi semangat kat Ummi dia --> GO Ummi, GO!! ;). Selalu buat Ummi tak boleh terlelap dalam kelas, mueheheh..

Lagipun, saat-saat tu memang SANGAT-sangat memerlukan sokongan + kekuatan. Dengan final exams yang dalam pantangnya (exam starts at 2 weeks of confinement), nak study, nak co-op with Aufa + the new baby.. pergh, memang mencabar kesabaran sungguh!

But, alhamdulillah. Maybe berkat nama `Iyaad ni, aku senantiasa bersemangat menempuh hari-hari yang SANGAT mencabar itu ;) even pernah menangis berkurung dalam bilik study sebab tak sampai hati dengar tangisan Aufa + Amsyar yang nak Ummi, huhuhu.. -->berkurung: kes nak prepare study for final exam.

Nama `Iyaad ni jugak aku confirm-kan sekali lagi dengan check semula kat dalam kamus kesayangan aku tu (chewah, baru sekarang rasanya nak sayang kamus tu, hehehe..). Yang tertera di situ adalah generous/pemurah. Makna `Iyaad ni kat internet yang aku pernah jumpa selain pemurah + yang memberi sokongan, kekuatan, ialah protected mountain/gunung yang dilindungi.

So, nak bagi baby ni `Iyaad.. apa? Disebabkan kakak baby punya second name starts with A, cari jugaklah nama yang starts with A + berkenan dengan "Amsyar": yang cergas. Dan, bila digabung kedua-dua nama.. rasa cam ngam jer + makna pun baik + SANGAT bermakna.

Maka, si handsome yang kecik tu pun diberi nama `Iyaad Amsyar.

`Iyaad: Pemurah, Yang memberi sokongan + kekuatan, Protected mountain
Amsyar: Yang cergas

Hmm,
nak tag sapa pulak yer?..

Macam biasa..
Ibu Firzanah Amni, Fawwaz Amin + Fahri Ahmad (Limaunipis), Ibu Auni Syifa' + Afif Syafi (Mardhiah12), Ummie Nawwaratul Mar'iyah + Mar'ie Naufal (Alin), Ummi Handzalah + Fidaa' (Lukluk), Mummy Adam Ali Iman (Ili), Mummy Hamim Bazilah + Hamim Rusydi (K.Mama) + hmm.. sapa2 je lah yang dah ada heroes + heroins, hehehe.. Hopefully, xde nama anak-anak ini yang disalah eja. Kalau ada, ampun maaf dipinta, hehehe..

And, most importantly--> No Obligations.

Cheers mate ;).

PS:

Ummi: ".. Aufa, Aufa apa..? .."
Aufa: ".. Aufa, good girrrlll.. Ummi, good girrlll.. Amsyar, good booyyy.. Abi, good booyyy.. "

Ummi: ".. Aufa, Aufa nak jadi apa? .."
Aufa: ".. Aufa, princess.. Ummi, princess.. Amsyar, prince.. Abi, SUPERMAN!! .."
Ummi: (Huh? Uwekkss.. :P)




:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 1:59 am [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS