|
:: Monday, August 06, 2007 ::
♥
MY CONVOCATION DAY
♥
Berapa lama lagi? Tinggal 5 hari je lagi untuk Konvokesyen. My FIRST EVER convocation ceremony.
Excited? Memang pun, hehehe.. :P Orang tak pernah merasa berkonvo la katakan.. ;)
Time degree dulu, tak konvo ke? Huhuhu.. TAK.. Tak dapat attend. Cik Abang bawak lari dulu ke UK, hehehe.. Kalau tak, merasalah ambil scroll dengan Aufa dalam tummy ;).
Apa yang best sangat nak konvo ni? Uish, best ler.. Walaupun nampak cam takde benda- beratur, ambil scroll + duduk semula :P. Bagi aku, hari tu lebih kepada hari untuk kedua orang tua-Papa + Mama. Aku tahu, mereka agak terkilan tak dapat lihat aku berkonvo sebelum ni (walaupun tak pernah diluahkan) + ini adalah saat-saat yang mereka SANGAT nantikan.. (Setakat ini, aku memegang rekod tertinggi dalam keluarga, hehehe..) Dan juga, hari istimewa buat suami tercinta yang bersusah payah membiayai pengajian ini + yang tak lekang dengan kata-kata semangat buat si isteri :). Juga buat anak-anak si buah hati, yang kerana mereka.. aku ingin menjadi orang yang lebih berjaya setiap hari..
Apa makna konvo ni pada diri saudari? Personally, konvo ni selain sebagai hadiah kepada kedua orang tua, suami serta anak-anak yang disayangi, ia juga merupakan hadiah buat diri sendiri. Setelah pelbagai cabaran, dugaan, rintangan yang dihadapi sepanjang pengajian, AKHIRnya berjaya juga aku rintangi semua.. berkat doa, ketenangan + kesabaran yang dianugerahkan Allah swt. Betapa SUSAHnya, betapa MENCABARnya aku hadapi hari-hari tersebut, alhamdulillah kini aku sudah boleh tersenyum lebar kerana pengorbanan + usaha tersebut telah membuahkan hasilnya..
Teringat ke kuliah dengan perut yang membawa Amsyar.. Teringat kawan-kawan tersenyum melihat perutku bergegar-gegar.. Teringat diri sibuk dengan buku pelbagai selepas melahirkan Amsyar.. Teringat Aufa menjenguk + menangis di luar pintu bilik study, minta Ummi hug.. Teringat ke dewan exam dalam keadaan masih 2 minggu berpantang.. Teringat laptop rosak di saat-saat kritikal menyiapkan tesis projek akhir.. Teringat.. hmm, banyak sangat perkara yang teringat-ingat.. :). Semua tu pastinya, akan ku buat pengajaran + pedoman serta kenangan pada masa hadapan..
Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh: 12 Ogos 2007 Hari: Ahad Sidang: Sidang ke 4 (2.00-5.00 petang) Fakulti: Fakulti Teknologi + Sains Maklumat Pengajian: Sarjana Teknologi Maklumat (Master of Information Technology)
Checklist Konvo: Ambil jubah konvo 4/8 --> settled Baju untuk pakai hari konvo --> dah tempah, 9/8 siap Rehearsal 9/8
PS: Abang dah tanya, ".. Sayang nak Abang bagi Sayang apa nanti? .." Aku jawab, ".. Sayang nak SonyEricsson Z610i warna biru (Airy Blue) .."
-Muahahaha.. tu la sapa suruh tanya.. :P
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 4:48 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|