|
:: Friday, September 21, 2007 ::
♥
YA, ALLAH.. JIKA BENAR ITU DIA..
♥
Petang semalam, sedang aku sibuk menyiapkan tempahan kawan-kawan.. hati tergerak untuk menjenguk komputer yang memang aku biar terpasang sejak pagi. Terpandang pada status YM K.Luna.. "..Kesian NURIN :( .." Lantas, aku terus menyapa K.Luna bertanya tentang status kanak-kanak yang telah sebulan hilang itu. Kukirakan khabar gembira, rupanya...............
Allah..... . . . .
Aku sendiri hampir mengalirkan air mata.. Tak pernah sekali aku terasa kesan yang sebegini. Naluri seorang ibu, mungkin.. Terus-terus sahaja, aku memanggil Aufa. Dia, kupeluk erat-erat.. Tak tergambar rasanya perasaan seorang ibu bila mendapat khabar yang sebegitu. Kupanggil Amsyar juga untuk dipeluk bersama, sambil hati bermohon agar Allah jauhkan perkara sebegini dari keluarga kami.
Hati mana yang tak terusik.. Aku pasti, semua ibubapa yang mendengar berita semalam terkedu apatah lagi berita sebegini diterima di kala kita berada di dalam bulan yang penuh barakah ini. Pasti pelbagai perasaan yang bermain-main.. Sedih, hiba, MARAH + takut. Sebegitu sekali kekejaman manusia kini. Apalah dosa kanak-kanak kecil ini.. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Aku cuma mengharapkan keajaiban saja di bulan yang penuh keberkatan ini. Agar, bisa mungkin dikurniakan berita yang gembira buat keluarga terbabit. Biarpun, keputusan DNA tersebut sukar untuk disangkal.. namun, yang punya kuasa itu hanya Dia. Dia berhak melakukan apa saja yang mustahil di fikiran manusia.
Moga Ramadhan ini memberi pengajaran yang berguna buat kita semua, khususnya buat semua ibubapa. Berdoalah agar Allah simpangkan perkara sebegini daripada berlaku pada keluarga kita.
Dan, berdoalah.. Jika benar itu dia.... kita panjatkan doa + kita sedekahkan padanya Ummul-Quran. Yang pasti, dia kan berterbangan di syurga sana..
AL-FATIHAH..
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 12:40 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|