|
:: Tuesday, October 23, 2007 ::
♥
CERITA AIDILFITRI
♥
Hari Jumaat petang kami mula bertolak pulang ke Bera, Pahang -kediaman Mak + Ayah yang bekerja di Felda Bera Selatan 7. Dari Bangi dengan hujan yang agak lebat, kami menyelusuri jalan ke Seremban-Senawang-Kuala Pilah-Serting-Bera. Memang itulah laluan yang biasa kami lalui setiap kali ingin pulang ke rumah Mak + Ayah.
Sebelum teruskan perjalanan, kami berhenti sebentar di Giant Senawang untuk bertemu dengan CikDinz - nak pass-kan order Almond London-nya. Huhuhu, kesian CikDinz.. terpaksa tunggu lama- jalan jem yang amat. Dengan keadaan hujan yang mencurah-curah, dapatlah juga bertemu dengan CikDinz yang biasanya hanya menyapa di alam maya ;). Sorry banyak-banyak ek, CikDinz.. Jemputler datang beraya kat rumah, hehehe..
So, lepas pass-kan order pada CikDinz, aku pun kalut ler pi cari sandal kat Giant tu, sebab baru teringat.. sandal yang dibeli untuk raya tertinggal di rumah, huhuhu.. Dah lah masa tu aku cuma bawak sport shoes yang aku pakai tu jer. Ada lak yang kena beraya dengan sport shoes pagi raya esok. Kalau raya pakai seluar, takpe juga.. ni dengan baju kurung.. aiseyman, buruk benor ghupenyer, hehehe.. So, balun jer lah mana-mana sandal yang aku jumpa. Time tu lak dah nak bukak puasa. Nasib baik aku jumpa satu sandal ni yang agak cun. Ngehehehe..
Sampai di rumah Mak + Ayah, around 8 lebih, nak dekat kul 9 kut. Aku + Abang, memang berbuka dalam kereta je la. Itupun, nasib baik aku sempat capai coklat KitKat kat kaunter masa nak bayar sandal aku tu + nasib baik jugak, si Amsyar ada heret bawak masuk kereta, kerepek yang kitaorang beli kat Kelantan nun, hari tu. So, itulah yang jadi menu berbuka pada hari itu. Sungguhlah tak budget nak bukak pose kat dalam kereta. Nak buek camno kan?
Pagi raya, plan-nya lepas solat raya, kami akan ke Tengkek, Batu Kikir- rumah Wan (nenek Abang- Omak + Ayah mentuo ese oghang nogoghi, hehehe..). Masjid yang akan dituju- Masjid di Serting. Pergi-pergi sana, rupanya depa tak buat solat raya kat situ maka, kitaorang menuju ke Masjid di Jempol. Sampai-sampai sana lak.. orang semua dah pakat-pakat keluar masjid nak balik.
Quang.. quang.. quang..
Maka, dengan itu.. tiadalah rezekinya untuk bersolat sunat hari raya pada hari itu, hehehe.. Dan kami kemudiannya berkonvoi 4 buah kereta berkunjung ke rumah sanak saudara di sekitar Batu Kikir, Sungai Lui, etc. Esoknya pulak, beraya di sekitar Kuala Pilah, Terachi dan Seremban. Oh, ya.. nak cerita pasal sandal yang aku balun beli kat Giant Senawang tu. Sungguhlah cun.. + sungguhlah memekak time aku nak berjalan. "..Keletuk.. keletak.. keletuk.. keletak.." Ala-ala, spesis terompah punya bunyi. Maka, dengan itu.. terpaksalah aku mengontrolkan diri berjalan raya, muahahah.. Bising giler.. :P
Setelah beraya di Seremban, konvoi kami mula berpisah. Aku + Abang serta Afath (adik ipar yang punya kembar tak seiras) dipujuk Abang untuk mengikut kami pulang berangkat ke rumah Papa + Mama di Ipoh. Bertolak dari Seremban jam 8.15 malam. Dalam perjalanan, singgah di rumah kami di Bangi- punggah mana-mana barang yang tidak perlu ke dalam rumah. Driver-driver pula dikerah mandi untuk segarkan diri, hehehe..
Dalam kereta, memang aku tak boleh nak melelapkan diri. Yalah, bertolak malam ni banyak risikonya. Kut-kut ler driver tu termengantuk ke camne kan? Huhuhu.. Co-driver kat sebelah dah syok melentuk-lentuk kepala kat kerusi. Kesian kat Afath yang drive, aku pun berjaga sama. Actually, aku terasa seghiau jugak sebab budak Afath ni, ada masanya dia tekan minyak sampai 150km/j. Hohoho.. kalau tak dapat saman ni, memang terror la, hehehe.. Sampai kami di Ipoh dengan selamatnya- alhamdulillah, lebih kurang jam 2 pagi. Time tu, aku rasa badan aku pun dah terhoyong-hayang dah. Mana taknya, time semua orang sedap tidur kat R+R Tapah (driver lelap kejap) ada 'something ganjil' berlaku + yang tidak mengizinkan aku tidur lena sama. Aku kejutkan Abang untuk segera diteruskan perjalanan. Aku dah rasa lain macam kat situ. Alhamdulillah, kami selamat sampai akhirnya.
Esoknya pulak, maka berayalah aku dengan sanak saudara yang sah-sah jumpa setahun sekali sahaja, hehehe.. Kebetulan, sepupu aku bertunang pada raya ketiga tu, maka ramailah gang-gang lama (sepupu-sepapat) yang aku jumpa, hehehe.. Mula berangkat pulang ke Bangi semula pada hari Rabu, raya ke 5.
Sorry kawan-kawan, tahun ni aku terlupa nak ambil gambar kami sekeluarga, gara-gara Aufa yang buat perangai tak nak bergambar bersama, hehehe.. Alih-alih terus aku terlupa nak snap gambar kami satu keluarga. Dah tu, duk sibuk beraya sana sini, makan itu, makan ini.. mana tak terlupa, hehehe.. Tema tahun ni, kaler oren. Tengok ler nanti kut ada masa ambik gambar sekali lagi, hehehe..
Anyway, jemputlah datang beraya ke rumah. But, jangan lupa call dulu atau buat appointment 2/3 hari sebelum tu muehehe.. so, nanti bleh hidang apa-apa yang best-best, hehehe.. Tahun ni, tauke biskut raya terpaksa buat biskut tunjuk sebab last-last minit tu dah nak termuntah nengok oven, hehehe.. :P.
Jemput yer datang beraya.. ;) ;) ;)


 Labels: BiskutRaya, Raya
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 4:25 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|