|
:: Monday, November 19, 2007 ::
♥
RABUN
♥
Hehehe..
Ya.. ya.. Saya seorang yang rabun :P. Bukan setakat rabun jauh, saya juga memiliki satu lagi jenis rabun, hehehe..
Terima kasih kepada perkembangan teknologi. Kerabunanku ini dapat disembunyikan melalui kecanggihan teknologi kanta lengkap atau contact lenses. Hangpa tak tahu betapa seronoknya aku dengan kemunculan kanta lengkap ni, hehehe.. :P.
Memula sedar yang aku ni sebenarnya rabun, dalam darjah 5 ke 6, camtu la. Dulu, aku tak tahu pun yang aku ni sebenarnya rabun. Tapi, aku selalulah curi-curi melaram cermin mata makcik aku yang jugak seorang yang rabun, hehehe.. kat depan cermin (ya, aku juga suka berangan depan cermin, muehehe..) Orang kata, aku pakai spec nampak macam budak intelek- Eceh.. tak tidur malam aku, bila orang bagitahu camtu, muahaha perasan x hengat.. :P. Tapi, tu la.. aku suka melaram spec tu sebab orang puji aku camtu, tak tahu pulak yang sebenarnya aku ni memang rabun, huhuhu.. or tak sure yang aku ni sebenarnya rabun ke tak. Yalah, time tu manalah aku tahu..
Tapi, ada satu hari ni, dalam kelas muzik.. Cikgu Razi yang mengajar kelas aku subjek muzik tegur, sebab aku duk kerut kening + kecikkan mata pandang note muzik kat papan hitam (ya, time ni kami belajar tiup alat muzik nama dia , Recorder). Terkejut aku, bila Cikgu Razi tegur aku, depan kawan-kawan. Sebab, cikgu tu garang, huhuhu.. Dia tanya kat aku, ".. Awak tak nampak ke?" Aku diam. Cuba pandang ke papan hitam sambil kecikkan mata + kerutkan kening. ".. Hmm, tak berapa jelas, Cikgu,". ".. Balik nanti, minta mak awak, bawakan pegi check mata. Awak rabun ni," Dalam hati aku, ".. Yippie..!!! Aku rabun! Aku bleh pakai spec mata!!.." (Hohoho.. poyosnyer.. :P)
Huhuhu.. untuk pengetahuan kawan-kawan, permulaan kerabunan aku memang seronok sebab yang disebabkan oleh perkara yang aku sebut di atas- orang puji aku nampak cam budak intelek kalau pakai spec . Plus, sebelum ni, aku ada mengadu kat mak aku yang aku tak berapa nampak dengan jelas kalau tengok benda yang jauh-jauh. Tapi, mak aku balas, yang aku just mengada-ngada nak pakai spec sebab orang puji aku, huhuhu.. And plus lagi, mak aku time tu memang garang tak hengat. So, secara kesimpulannya.. aku takut jugak nak bagitahu yang aku ni memang rabun. Bila cikgu pun suruh aku buat spec .. makanya, itu alasan yang baik untuk melaram jadi budak intelek, hehehe.. :P
First day dengan spec baru, memang seronok. Terasa macam glamour sekejap di kalangan kawan-kawan. Yalah, time tu.. member2 sebaya aku tak ramai yang pakai spec ni. So, hari tu.. kawan-kawan macam, ".. Fuiyoo, Baiti dah pakai speccc.." ".. Eh, nampak macam budak U lah.." Itulah, inilah.. Dan bagi remaja yang macam aku masa tu, pujian yang camtu memang best giler la.. Orang duk kata nampak matured, hehehe.. Apa-apa jelah.. Lepas punya spec , penglihatan aku memang jelas la sikit (Ala, rabun bukannya kuat pun masa tu).
Tapi, keseronokan tu tak lama. Aku mula rimas memakainya. Rimas sebab ada 'extra tool' untuk dibawa bersama. Masa tu, adalah zaman keaktifan aku bersukan (bola baling) + beraktiviti lasak (berpengakap). Aku mula menjarakkan tempoh masa penggunaannya. Pakai hanya bila perlu, terutama apabila perlu menyalin nota di papan hitam. Sehinggalah sampai satu hari, spec mataku itu tiba-tiba MIA- Missing In Action. Dan sejak itu, aku lupakan saja bercermin mata. Lagipun masa tu, power mata ni, taklah begitu kuat sangat.
Bila dah bersekolah asrama, aku rasa kepayahan yang sama (malah bertambah) apabila cuba untuk menyalin nota di white board (ya.. masa ni, semua sekolah dah tak pakai papan + kapur berhabuk itu lagi ;). Eh, ke still tengah pakai lagi masa ni? Ala, tak ingat la.. ). Nak tak nak, aku minta Mama buatkan spec baru lagi (itupun setelah beberapa sessi leteran etc. heheheh..). Tapi, disebabkan kerimasan + kedegilan yang sama.. + keaktifan aku bermain bola baling (hingga peringkat negeri) + sukan-sukan lain, aku cuma memakainya sekali-sekala + hanya bila perlu. Time ni, kalau pakai spec rasa cam x cool lah, hehehe.. Banyak lak cekadak aku time tu, mueheheh.. :P.
Rupa-rupanya, 'ke-kadang-an' aku memakai spec tu sebenarnya telah melipat gandakan power mata ni menjadi berlipat2 kali gandanya. Sehinggakan kalau orang panggil aku dalam jarak lebih kurang 15 meter, aku memang tak nampak + akan buat 'DEK' jer.. Ya lah, dah aku tak nampak kan? Dah tahu tak nampak plak tu, degil pulak tak nak pakai cermin mata.. Hahaha.. padanlah muka sendiri, hehehe.. Kalau waktu malam lagi WORSE. Ada sekali aku pegi kenduri doa selamat ke apa kat kampung. Time nak balik, terkebil-kebil cari sandal kat luar. Huhuhu.. tak nampak langsung!! Orang lain dah duk bising, suruh cepat. Tertunduk-tunduk, terbongkok-bongkok jugak lah aku mencari sandal tu. Sejak hari tu, aku dah dapat idea baru, hehehe..
Lebih kurang masa form 4 (1997), aku dapat idea nak pakai contact lense. Disebabkan kepraktikalannya yang tidak menghalang aku bergiat aktif + tak perlu rasa macam kena bawak 'extra tool'. Idea untuk memakai contact lense adalah SANGAT bernas, hehehe.. Tapi, masalahnya.. masa tu harga contact lense agak mahal + tak ramai budak2 sekolah yang pakai benda alah ni. Jadi nak convince-kan Papa untuk membelikannya untuk aku, agak tricky. Taklah tricky mana pun sebenarnya. Tapi, sebab jarang meminta.. nak meminta Papa belikan untuk aku, rasa macam agak sedikit 'segan'. Alhamdulillah, Papa sangat memahami kedegilan anaknya yang sorang ni nak pakai spec + dia juga faham aku sangat aktif di sekolah. Jadinya, esok tu dapatlah aku bergaya dengan 'mata palsu'ku itu. Huhuhu.. korang tak tahu betapa bersyukurnya aku dapat pakai contact lense ni. Terasa seperti dapat 'mata' semula- sampai camtu sekali rasanya..
Sehari dua masa baru dapat contact lense tu, punyalah macam azabnya rasa nak masukkan ke dalam mata. Adik aku, Imad sampai nak tolong pegangkan kelopak mata supaya jangan bagi berkedip. Huhuhu.. baiknya adikku itu :P. Tapi, tu dulu.. sekarang ni pejam mata pun boleh pakai (hahaha, macam mana tu???). Jadinya, aku berterima kasihlah kepada pencipta contact lense ni- SUNGGUH :P. Sebab banyak membantu dalam proses perkembangan hidup aku, hehehe.. Dan, yang paling aku berterima kasih, adalah pencipta mataku yang 'original'- Allah swt kerana Dia, sekurang-kurangnya aku masih mampu melihat dunia walaupun dengan sedikit kekurangan + kerabunan ;).
Kini, setelah bertahun-tahun menggunakan contact lense (hampir 10 tahun), aku kembali menggunakan cermin mata. Contact lense, hanya aku pakai bila perlu. Memandang side effect penggunaannya pada mata aku, so tempoh penggunaannya aku jarangkan.
Alhamdulillah, aku masih punya penglihatan untuk melihat walau dengan sedikit kekurangan. Lagipun, aku kini boleh nampak seperti 'budak intelek' kembali, kan, kan, kan? ;) ;) ;). Oh, ya.. jodohku juga dengan 'budak intelek' yang berkaca mata.. ;).
Ps: Rabunku yang satu lagi--> Rabun Malam, huhuhu.. Labels: DoluDolu, ME, Mumbles, Reflections
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 12:52 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|