Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Monday, May 26, 2008 ::

♥ THE FUTURE ♥

Wah..

Dah lama kan, x mengupdate blog. Bila bosan2 mengadap coding yang agak memusing-musingkan kepala, blog selalu dijenguk + berkira-kira untuk diupdate. Tapi, setiap kali itu lah maka segala apa yang tersirat di dalam hati + yang terperusuk di dalam fikiran gagal diterjemahkan. Masa sering tidak mengizinkan. Eheh, selalu jer berblog di dalam hati.. mrgreen Takpe lah, janji BLOGG..! wink

Dengan tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Banyak perkara yang perlu diuruskan + diselesaikan. Terutama sekali yang berkaitan dengan urusan MyFirstep. Seboleh-bolehnya, nak selesaikan bab-bab yang tricky sementara masih punya waktu di sini. So that, bila di 'sana'.. cuma hanya perlu menguruskan benda yang mudah diuruskan, agar diri sendiri tidak terlalu terbeban di antara workload business + workload diri sendiri. Insya Allah, don't worry yer, dear partners.. wink.

Bercerita tentang business, ahamdulillah.. MyFirstep walaupun baru memulakan langkah kecilnya yang pertama.. kukira secara peribadi cukup membanggakan + memberangsangkan. Mungkin tidak sehebat business lain, namun apa yang kami kecapi setakat ini, cukup membuat aku + rakan-rakan kongsiku yang lain sangat-sangat bersyukur. Teringat kata-kata sahabat baikku satu waktu dahulu,

".. Merangkak-rangkak untuk mengejar kejayaan, adalah lebih baik daripada berlari-lari dan akhirnya tersungkur di pertengahan jalan .."

Yang paling utama bagiku, niat + objektif. Sekiranya niat +objektif yang kita tetapkan itu betul, contohnya sebagai seorang Muslim berpaksikan Lillahi Taala + bersandarkan untuk kemajuan Islam makanya, kita tidak perlu gusar untuk tidak memperoleh keuntungan yang banyak. Kerana, setiap kebajikan yang kita lakukan dengan sebenar-benar niat kerana Allah taala, dia akan membantu. Cuma, kita jangan berhenti untuk berusaha + jangan sombong untuk meminta pertolongan dari Dia. Pertolongan Allah datang dalam pelbagai bentuk + cara. Dan, dalam jangka masa yang lambat atau cepat. Maka, kita jangan sesekali berputus harapan.

Hmm, memang banyak perancangan serta urusan yang perlu aku selesaikan di ruang masa yang ada ini. Sekurang-kurangnya, bila ketiadaaan aku di sini lagi.. rakan-rakanku dapat meneruskannya tanpa rasa sebarang kekurangan and I believe, they can manage it tremendously..wink, insya Allah..

Semalam, bersembang-sembang dengan Abang. Kukira dia seperti lagak seorang Lembaga Pengarah bertanyakan hal-hal syarikat kepada pekerjanya, huhuhu.. Dan, aku pula seperti seorang agen perisik yang ingin berahsia tentang segala benda, hehehe..

Dalam sembang-sembang itu, kami bercerita tentang future.. masa hadapan. Abang bercerita tentang impiannya untuk memiliki sesuatu dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Dan aku, hanya diam.. Sejujur-jujurnya aku selesa dengan apa yang aku miliki sekarang untuk diri sendiri. Kesederhanaan hidup, kasih sayang antara keluarga, impian pendidikan.. itu adalah impian aku berbelas tahun yang lalu. Bagi aku, itu sudah sangat-sangat cukup. Pernah aku berkira yang impian-impian berbelas tahun lalu hampir mungkin tidak kesampaian. Dalam setiap tangis doaku saban hari kepada Allah swt, di waktu-waktu sukar itu, Allah telah makbulkan sekarang. Untuk apa, aku meminta lebih lagi..? Tidak layak, sangat tidak layak untuk meminta lebih, sedangkan banyak kekuranganku dalam menghambakan diri pada Dia. Untuk jangka masa 10 tahun akan datang atau even further, aku hanya bermohon untuk dikekalkan segala kebahagiaan yang aku kecapi kini. Aku tak mahu rumah besar, wang yang berjuta-juta. Cukup sekadar sesuatu yang tidak sesekali membuatkan aku alpa dengan kehidupan dunia. Sesederhana kehidupan kini juga, sudah lebih dari cukup.

Ada orang mungkin mengatakan aku kurang ambitious. Jawapannya, di antara mungkin ya atau tidak. Sometimes, you don't have to reveal and even, tell to people that you are an ambitious person. And even, when you are not telling people about your ambition, it will never make you an unambitious person. I am a kind of person who likes to keep lots of things to myself. I hardly reveal things except when I think it is appropriate.

Yang pastinya, semua manusia sememangnya punya pandangan tersendiri. Tiada pandangan yang salah- kukira itu hukum memberi pandangan. We see things differently wink.

Masa hadapan.. oh, masa hadapan..
Apakah aku nanti diberi peluang untuk merasai kehidupan 10 tahun akan datang..? Wa Allahu `alam.. tapi tetap berdoa agar diberi peluang, insya Allah.. wink

Labels: , , ,

:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 2:43 am [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS