|
:: Wednesday, July 30, 2008 ::
♥
Cuti-Cuti Malaysia
♥
Port Dickson
Ni gambar lama. Masa Abang still duduk di PD Perdana Apartment. Seronok bebudak ni mandi kat swimming pool- macam2 gaya ada .

Sekarang ni Abang duduk di Glory Beach Resort Apartment. Suka sangat apartment ni, sebab dia betul-betul mengadap laut. Aman jer dengar bunyi ombak mendesir di pantai . Tapi, malam-malam agak sedikit memekak, sebab Glory Beach Resort ni lebih kurang macam hotel kan, ada la bunyi muzik band yang kuat tak hengat. Sewa kat sini pun murah juga. Kalau orang lain mahu dia charge RM1K paling kurang. Tapi, Abang dapat sewa RM500 jer bayar half-half dengan member satu ofis. Walaupun, mengadap pantai, memang tak galakkan Aufa + Amsyar mandi-manda kat situ. Air lautnya nampak macam 'kureng' sikit, hehehe..
Selalu juga bawa Aufa + Amsyar ke sini especially bila Abang kena stand-by untuk refinery's fire emergency- perlu berada dalam radius 15km dari refinery kalau apa-apa hal berlaku. Hmm, dah xde chance dah nak duduk-duduk situ lagi. Tak lama lagi dah nak berhijrah..
KL Hilton

Hmm, best-nyer.. duduk kat bilik hotel ni. Suka sangat dengan interior design-nya. Walaupun agak kecik sikit [bilik air lagi besar dari tempat tidur ], tapi ia sangat cosy. Merasa lah juga tidur semalaman kat sini sebab masa ni Abang ada seminar apa tah [ke AGM..?]- lupa.. hehehe..
Aku suka jugak dengan design bathroom dia. Besar + ada ciri2 romantik gitu, hehehe.. Tapi kan, kalau bawak sekali budak-budak ni, takde nya semua tu. Bilik air ni ada 2 pintu tau..- sliding door. Kalau nampak kat gambar tu, satu sliding door kat sebelah katil tu, satu lagi dekat dengan pintu masuk bilik [tiada dalam gambar]. Mak ai..!! Sungguh tak tenteramnya lah aku nak bermandi-manda dalam bilik air tu. Mana taknya, budak-budak ni sibuk duk intai-intai, hahaha.. Bukan budak-budak jer, bapak budak pun sama, huhuhuhu...
Masa ni kan, aku busy giler dengan kerja-kerja MyFirstep [nampak tak laptop kat atas meja tu?]. Takdelah enjoy sangat dengan ke-best-an bilik ni. Budak-budak ni jer yang happy + duk melopong jer tengok cartoon kat TV Plasma yang besar gedabak tu, hehehe.. Dinner malam tu, aku angkut Aufa + Amsyar gi McD kat KL Sentral kat sebelah Hilton tu. Abang, of course la, dinner sponsored. Kami je la yang duk menapak mencari sesuap makanan untuk malam tu- eceh sedih sudah, huhuhu..
Esok tu, kitaorang balik. Jadilah, dapat tidur semalaman kat hotel tu. Abang kalau ada seminar apa-apa, memang selalu bawa kitaorang bertiga tidur di hotel. Yang bestnya, sebab bleh claim dengan company. So, rugilah kalau tak guna kan, hehehe.. Lepas ni, agak-agak ada tak peluang macam ni lagi? Mungkin ada.. tapi mungkin aku tak se-free sekarang, huhuhu..
Langkawi
Ni pun cerita dah agak lama juga- masa bulan April lepas. Hmm, nampak sangatlah aku ni dah lama sangat-sangat tak update blog, huhuhu..

Alhamdulillah, seronok sangat-sangat jalan-jalan masa tu. Dah lama tak jalan-jalan satu family macam ni. Dan alhamdulillah, semua orang pun happy. Especially Papa la.. seronok aku tengok dia happy macam tu.
Yang paling best memang masa naik cable car ni [aku, Abang, Aufa + Amsyar, Imad + Fifi- 1 gondola. Papa, Mama + `Atif- 1 gondola]. Masa mula-mula masuk cable car tu semua orang macam happy-happy, gelak-gelak.. Lepas tu semua orang macam.. senyappppp jer.. Masing-masing, pandang muka masing-masing sambil sengih-sengih, hehehe.. Cuak tu..!! Aku yang tak pernah-pernah gayat, tetiba pulak jadi gayat tak pasal-pasal, huhuhu.. Si Imad + Fifi sibuk menakut-nakutkan aku. Part yang paling horror, time dia lalu kat every tiang tu. Dengan bunyinya yang kuat + gondola yang bergegar-gegar.. suspend tuh..!! Abang dengan 'tak sayang mulutnya' kata, " Ni, kalau jatuh ni.. takde tinggal apa dah ni, " Huwaa.. ada ke plak bleh cakap camtu, huhuhu.. Aku jenguk ke bawah, memang seriau semacam jer rasa. Ada sekali tu bleh pulak dia stop tetiba kat tengah-tengah tu. Hohoho.. aku dah suspen dah.. tapi, buat-buat cool jer, hehehe.. [cool ke??]
Tapi, aku rasa kejam sungguhlah kitaorang ajak Papa naik cable car ni, hehehe..[sbb Papa memang gayat] Sampai-sampai jer kat first stesen [gondola kitaorang sampai dulu], kitaorang duk gelak-gelakkan tengok aksi Papa, Mama + `Atif, hehehe.. [giler kejam :P]. Papa, sah-sah nampak pucat sambil sengih-sengih kata, " Macam mana korang bleh bawak aku umur dah 70 tahun naik benda alah ni?.. " Sambil tu jugak Papa gelak-gelak, hehehe.. Kononnya, macam nak control ayu gitu, hehehe.. Kesian Papa..
Aku merisik ngan `Atif, tanya macam mana Papa, Mama kat dalam gondola tu tadi. `Atif kata, ".. Senyaaaappp jer.." Last-last, masa balik.. `Atif pun join gondola kitaorang yang huhahuha ni. Agaknya duk ngan Papa, Mama sure rasa takut berlebih-lebih kali ganda.. Dah tu semua senyap jer, hehehe.. Masa `Atif ngelat join gondola kitaorang tu, Mama macam mengelabah takut jer, hehehe.. Dah tu tinggal berdua jer kat dalam gondola tu, huhuhu..
Sampai kat jambatan tergantung tu pun aku macam rasa something wrong jer. Kaki aku macam menggigil-gigil. Diaorang ajak aku pegi sampai hujung jambatan tergantung tu. Memula aku tak nak pegi sebab rasa yang aku cakap tadi tu lah. So, derang yang lain semua laju jer lah jalan ke depan. Mama + Papa, tak pegi sebab Papa kan gayat, hehehe.. Tapi, Mama pulak beriya-iya nak pergi ajak aku. Aku ajak Papa. Papa pun gagahkan hilangkan gayat dia tu. Aku pun jalan laju je la ke depan- tak nak tengok bawah [kan tadi aku tetiba jer jadi gayat, kan].
Tetiba, dalam suku ke setengah jalan camtu, aku rasa jambatan tu macam goyang-goyang.. Tak sangka masa aku cakap, "..Eh, benda ni goyang-goyang ke, hah?.." Ada brader tu dengar + mengiyakan aku kata, "A'aa, memang bergoyang-goyang.." Aku dengar jer, haa..? memang goyang-goyang? Oh, tak pe lah.. aku patah balik saja je la.. sambil laju jer patah balik ke belakang tak tengok kiri kanan- bawah memang confirm aku x tengok. Tapi, aku dengar lah mak ngan ayah aku duk gelak-gelak, hahaha.. Rupanya, Papa bila dengar je aku cakap camtu, dia pun patah balik jugak.. gaya sebijik macam gaya yang aku patah balik tu, hahaha.. Mama aku kata kan.. aku + Papa dari belakang, 2-2 sama jer jalan terkengkang-kengkang, hahaha.. Aku pun tak perasan aku jalan camtu, muahahah.. Maybe sebab aku nak balance kan badan aku yang tak stabil tu kut, hehehe.. Lepas tu, Mama tak stop-stop gelak ngan Papa, hahaha..


3 hari kalau tak silap kitaorang kat Langkawi. Hampir semua tempat lah, kitaorang pergi. Tengok penguin kat Underwater World- Aufa + Amsyar paling excited sebab diaorang memang suka tengok citer Happy Feet pasal penguin yang suka tapping tu. Aku pun excited juger, sebab first time tengok secara live, hehehe.. Pergi Muzium Mahsuri, Galeri Perdana, Tasik Dayang Bunting + byk lagi lah.. Best-best.. yang paling aku enjoy, buat island hopping. Suka banget naik boat ni, hehehe..
Lepas jer kitaorang balik dari Langkawi yang panas terik tu, turun-turun je kapal terbang, kitaorang bergerak ke Cameron Highlands pulak. Belum habis penat lagi, dah nak pegi mendaki bukit pulak, hehehe.. Kita sejukkan badan kat sana yer, hehehe.. [gambar aku tak rajin nak upload lagi- agak sangat ke-busy-an sekarang. Tak janji untuk diuploadkan atau tidak- sorry yer, kawan-kawan..]
Kat sana, stay kat Bukit Ruil. Sewa banglow owned by company Abang dalam 2 hari. Suka duduk kat sini sejuuukkkk jer.. Papa pun nampak relax jer. Siap bercerita macam-macam pengalaman + cerita. Yang pasti, semua cerita-cerita pengalaman Papa banyak points yang boleh dijadikan iktibar + titik tolak untuk menjadi yang lebih baik untuk masa akan datang. Papa nak sangat anak-anak dia bukukan kisah-kisah pengalaman dia. At least buat blog pun ok juga, hehehe.. Banyak pengalaman Papa ni. Rugi kalau tak diarkibkan untuk diceritakan pada generasi depan. Tapi, tu lah.. hmm.. nak buat buku, macam lomah skit den ni ha, hehehe.. Nak buat blog, blog aku pun selalu jer bersawang, hehehe.. Nantilah, aku ingat nak suruh adik-adik aku ni ajar Papa buat blog, hehehe.. At least, bila Papa yang tulis sendiri lagi best kan citer tu, hehehe.. [alasan untuk melarikan diri, lariksss... :P]
Tu la serba sikit kisahnya Cuti-cuti Malaysia kami sebelum melakukan 'penghijrahan' ini. Ada lagi satu, bulan Jun lepas kitaorang ke Kuching. Kali ni dengan family belah Abang. Pun best jugak.. Nanti lah yer, aku ceritakan, huhuhu.. Insya Allah. Kalau tak berkesempatan, maafkan aku yer kawan-kawan..
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 7:33 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|