Dah lama niat di hati nak bercerita, tapi keadaan masa yang tak mengizinkan, terpaksa hold sementara sehingga semuanya settled down. Alhamdulillah, hari ni ada sedikit masa yang terluang + kesangapan diriku yang melampau sorang-sorang di rumah, rasanya ini masa yang terbaik untuk mengupdate kawan-kawan + family di Malaysia tentang apa yang berlaku sepanjang berada di bumi UK ini.
Aku bertolak dari Malaysia jam 10.05 pagi 14 Sept dengan penerbangan MAS. Abang berangkat malam sebelumnya dengan penerbangan MAS juga tapi, dapat Business Class. Untung ler, sebab company yang support. Aku berangkat dengan ditemani semua ahli keluarga serta pakcik makcik aku yang sporting itu. Seperti biasa, keberangkatan pergi aku agak syahdu, tapi aku berjaya mengcover, hehehe.. Setiap langkahku menuju ke balai perlepasan, aku iringi dengan rasa syukur yang teramat kepada Allah swt kerana seakan tidak percaya detik yang paling aku tunggu-tunggu selama ini, Allah telah makbulkan. SubhanaAllah wa Alhamdulillah.. Dengan Aufa + Amsyar, Papa, Mama + adik2 yang aku tinggalkan, aku kuatkan semangat mengharungi perpisahan yang sementara ini.
Dalam flight, aku duduk bersebelahan dengan student under MARA-SPC juga- Saidul. Kami belajar di universiti yang sama, tapi dia buat Master. Bidang apa, lupa pula.. Saidul berpesan pada pramugara MAS tu agar kami diberitahu bila tiba waktu untuk berbuka. Pramugara tu pun bagitahu yang kita akan berpuasa lama. Lebih daripada 20 jam lebih kurang. Kalau tahan berpuasa, tak mengapa.. if tak tahan, kita kan ada rukhsoh sebab bermusafir. Makanya, bro. Saidul tu pun berbuka atas niat bermusafir. Aku masih berkira-kira lagi. Hendak diteruskan puasaku ini, atau berbuka. Saidul tu dah siap makan semua. Aku cuba berpuasa selama mungkin yang aku bertahan. Tapi, akhirnya akur dengan kelembikan aku yang nyata ini lalu berbuka juga setelah beberapa jam.
Sampai di Manchester Airport dalam jam 8.25 malam. Sampai-sampai kami di sana, kami disambut oleh pegawai-pegawai MARA termasuk Ketua Pengarah Mara London yang baru- Encik Zainee. Ada 5 orang student MARA yang sampai malam tu + aku seorang sahaja bunga, hehehe.. 3 orang student undergrad, 2 orang postgrad [aku + Saidul]. Terkejut juga aku pada mulanya. Sebab, tak tahu menahu pun yang pegawai-pegawai MARA ni ada menunggu. Aku expect Abang jer yang datang jemput [kan Abang sampai awal di Manchester, kan?]. Mujur, ada pegawai-pegawai MARA ni, takdelah aku bosan menunggu Abang + Abg Taufik datang menjemput- derang datang lambat tau, huhuhu.. Pegawai-pegawai ni pun, bagi ler short briefing kat kitaorang, pesan apa yang patut + register apa2 yang perlu. Settle ajer short briefing tu, beberapa minit kemudian, maka nampak ler muka hubbyku yang tersengih-sengih itu, hehehe.. Kami menumpang sementara kat rumah Abg Taufik + K.Ma. Sampai-sampai jer, aku memang dah mengantuk yang teramat-amatnya. Biasalah jetlag..
Maka, hari esoknya aku + Abang mulakan operasi kami- buka account bank, mencari rumah + jalan-jalan, hehehe.. Seminggu tu, penuh dengan operasi kami gi jalan-jalan view rumah dengan letting agents. Dan alhamdulillah, seminggu tu memang pack + well spent untuk itu. Alhamdulillah, finally kami dapat juga rumah yang sesuai, selesa + affordable buat kami sekeluarga. A duplex-type apartment, dengan 3 bilik- 1 spacious double + 2 singles [dengan one of the rooms bleh convert jadi double].

Lagipun, Abang ikut ke Manchester purposely untuk bantu aku cari rumah etc. 2 minggu Abang di UK- seminggu di Manchester + seminggu di London untuk pre-assignment trip under 'S' company. Alhamdulillah, banyak benda yang settle dengan bantuan Abang. Plus, dalam kekalutan kami mencari rumah, sempat juga kami membeli ini melalui Ebay:

Di UK, harga kereta memang sangat murah berbanding Malaysia. Kita masih mampu beli kereta secara cash di sini. Kereta ni pun, agak sangat murah harganya berbanding dengan kondisinya yang sangat tip top [pada pengamatan mata kami]. Even Asif- penjual kereta itu pun agak menyesal meletakkan harga yang murah itu pada kitaorang- alhamdulillah, rezeki kami. Even, pada hari yang sama ada seorang Malaysian juga yang berkenan pada kereta ni. Mujur kami cepat sedikit. Memang betul-betul rezeki. Mudah la nanti nak berambil + berhantar Aufa + Amsyar ke school. Even, bila Ummi nak ke Uni. pun mudah juga sekali sekala.
Hehehe.. kelakar juga bila teringat balik masa kami berurusan dengan Asif yang menjual kereta ni [I like nama Asif- ehem.. ehem.. boleh shorlist dlm senarai nama future baby yer Abang, hehehe..]. Kerap kali Asif memberitahu Abang supaya tenang + relax. Ehem, biasa la Abang tu. Selalu jer --> ka alif -lam, ka alif-but, hehehe.. Dan Asif tu, asyik cakap kat Abang, " Don't worry man. You are in a safe hand." "Oh, my! How long have you been married with this man??" [ni dia ckp kat aku la] "Oh, my god! You are a very lucky man."
Mungkin sebab, aku nampak 'jauuuuh' lagi tenang dari Abang bila berurusan dengan Asif tu kut, hehehe.. Sapa yang kenal rapat dengan Abang, tahu ler macam mana ka alif-lam, ka alif-but nya suamiku itu, hehehe.. Plus, Abang ni.. kalau dia nak tahu satu-satu benda tu, dia nak tahu sedetail yang boleh + kalau buat satu benda tu, nak cepat sokmo. Selagi dia tak puas hati, selagi tu la dia kalut bertanya. Itu yang Asif tergelak-gelak bengang tu, hehehe..
Alhamdulillah, urusan pembelian selesai dengan jayanya. Masih belum berjaya membawa pulang kereta ni ke Manchester. Kami beli kereta ni di Luton, London + masih ditempatkan di rumah sahabat kami- Abg Wan Saiful di sana. Cadangnya nak bawa balik Manchester masa kami sekeluarga smpai di London dari Malaysia this coming 1st Nov - insya Allah.
[.. to be continued]