|
:: Monday, October 13, 2008 ::
♥
..Fragile
♥
Last night, entah kenapa rasa sangat sedih.
I've been attacked with painful headache but still under control. Entah kenapa rasa sedih sangat. Mungkin teringat, masa kena attacked with the same painful headache, Abang was there to comfort me. Perasan kena headache ni masa kami ke London dari Manchester. Aku tak pernah rasa sakit yang sampai menangis. Masa tu aku menangis sebab sakit sangat. Mujur semalam, masih boleh control..
Bawa-bawakan diri untuk tidur. Nak mengadu pada Abang, tapi kesian Abang. Mesti masa tu Abang tengah nyenyak tidur. Entah la.. semalam aku rasa sangat-sangat sedih.. mungkin juga sangat-sangat rindu. Paksa lelapkan mata, tapi tak mampu. Mengalir ajer air mata..
Mungkin semalam, adalah kemuncaknya. Aku sungguh-sungguh tak tahan. Tutup mata- Aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah, rasa lemah sungguh hambaMu ini.. Aku ingat aku cukup kuat. Tapi, tak.. aku sangat lemah. Lemah, selemah-lemahnya..
Tiba-tiba, Abang call. Bagai tahu keadaan isterinya. Aku dengar suara Abang, rasa tak termampu nak berkata-kata. Aku sembunyikan suara tangis, cakap seperti biasa- biarpun aku rasa ada sedikit getar. Abang cerita tentang Amsyar yang merindukan sangat Umminya. Aku terus terdiam [dan menangis....]. Kukira Abang perasan. Dia juga bernada pilu. Aku memang tak terkata apa-apa kerana terlalu sedih. Aku memang rindu, rindu sangat-sangat pada Abang. Rindu sangat-sangat pada anak-anak..
Oh, aku sangat tidak kuat dengan ujian sebegini. Aku sangat lemah bila berdepan dengan perasaan ini. Ya, Allah.. Kau cepatkan lah masa. Aku sangat lemah ya Allah.. HambaMu ini sangat-sangat lemah...........
[Kupohon Kau kuatkan diriku untuk beberapa waktu.. Kupohon dengan sungguh-sungguh..]
updated: Received sms form Mama minta call Msia balik. My dearest Aufa is having a fever. Poor little baby.. :(
:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 7:57 am [+] :: |
Viewers Viewing ()
|