Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Wednesday, October 08, 2008 ::

♥ Penat But Happy ;) ♥

Oh, hari ini kesangapan daku berkurangan sebab dapat socialise dengan orang, huhuhu.. Kalau tak tu, sangap ajer duduk rumah sorang-sorang- itu sebab hari ini saya agak sedikit happy, hehehe..

Banyak juga benda yang dapat disettlekan hari ini, especially bab-bab awal nak start engine untuk PhD. Pagi tadi, dalam pukul 10 pagi, keluar rumah menuju ke uni. Saja keluar lewat, sebab nak beli tiket tram murah, hehehe.. Budget harusss ada gitu wink. During peak hour, return ticket tram £2.80. Jadinya, after peak hour dalam 9.30 pagi ke atas, tiket jatuh kepada £2.00 sahaja. Walaupun 80p jer bezanya, duit jugak tu.. hehehe.. [nampak sangatlah kesengkekannya mrgreen].

Selalunya, dari Picaddilly Gardens [city centre] nak ke uni, aku ambil bas. Tapi, hari ini saya jimat £3.00 yer kawan-kawan sebab 'naik' kaki, hehehe.. Syok juga jalan kaki. Relaxxx jer. Plus meningkatkan pengaliran darah ke otak. Ada tau, aku baca pasal ni. Banyak jalan kaki akan membuatkan otak kita jadi lebih cerdas. Boleh tahan jauh juga la aku menapak siang tadi ke uni. Takpe-takpe.. yang pertama, sihat tubuh badan sebab berjalan ni perlukan stamina jugak, hehehe.. Yang kedua, jimat ongkosku £3.00, hehehe.. <--- itu yang penting pun, muehehehe.. Itu antara sebab yang membuatkan aku melepek jer sampai kat rumah tadi ni. Terlebih berjalan la katakan.. mrgreen

Pagi tadi, sebenarnya aku ke uni sebab kena attend kelas a.k.a seminar untuk Research Method- compulsary untuk semua 1st year PhD student. Kelas tu, every Wednesday + Friday. Memula, aku tak tahu pun pasal ni. Tapi, mujur aku contact administrator school aku + she mentioned this thing to me. Aku pun memula nak start engine baca journals semua, rasa pelik jugak. Takkan duk baca jer. Takkan takde at least guidelines untuk startup or at least a list on things you need to do to start. Hahaha.. nak tahu? Padanlah aku blur sebeban, rupanya aku termiss look about the induction day for research students. Masa induction tu, diorang bagi setiap research students satu file yang dalam tu ada macam-macam info on how to start your 1st year of PhD. So tadi, merayau-rayau lah aku sekitar uni nak cari information pack + resource book + file tu. Dapat-dapat jer kat aku file tu.. wahhh.. inilah yang aku mahu, huhuhu..

Hiks, first time aku tengok files ni rasa pelik semacam. Faculty of Engineering + Physical Sciences tuuu.. Macam ganas jer bunyinya.. Dulu kan gue dalam College of Business Admin masa di Uniten.. Tu bunyi dia macam 'lembuuuttt' skit. Hahaha.. macam2 lah.. Layankan ajer.. mrgreen

Tapi, sebelum tu.. habis jer kelas Research Method aku tu, my research group- Machine Learning + Optimisation [MLO] ada buat Welcome Lunch untuk students PhD yang baru beramah mesra dengan students yang sedia ada. They served Pizza Hut tuuuu.. mrgreen. Dah lah aku ni duk melilau-lilau cari kat mana actually venue event ni, masuk-masuk jer bilik tu, semua orang senyaaappp jer pandang aku. Dah lah semua LELAKI. Lepas tu, buat dekkkk jer. At least, tanyalah, " Are you OK?" Ni satu perkataan pun tak cakap. Aku pun, dengan muka tebal berinci-incinya tanya kat semua orang kat dalam bilik tu, " Is this the......." "Yeah, yeah we are the MLO's. Come on in. We are actually still waiting for the food" Fuh legaaa... Patutlah, muka masing-masing macam singa. Lapar rupanya, hehehe.. mrgreen. Dalam masa kepala aku duk fikir kat mana sesuai nak duduk, barulah aku ternampak sorang lady ni. Disebabkan dia free hair + aku pun duk gabra masuk bilik tu semua orang cam tenung semacam kat aku, semua aku ingat lelaki jer dalam research group aku tu- Huwaaa.. Rupa-rupanya, ada bunga di kalangan kumbang-kumbang yang buat dekkk tadi ni.. So, oklah.. Takdelah rasa canggung sangat.

Ada dalam 20 orang kut students under MLO ni + 3 orang SAHAJA perempuan termasuk aku. The lady yang aku duduk sebelah dia tadi tu, nama dia Seemab dari Pakistan, sangat baik + peramah + she is Muslim [satu lagi bonus]. We can really get along. She is in her 3rd year now. Same as the other lady yang aku tak ingat nama dia, sebab dia duduk jauh dari kitaorang. From Seemab, I knew that the other 2 guys that sat in front of us are also Muslims and also from Pakistan [alhamdulillah, satu lagi bonus]. Bonus bukan sebab dia Paki, tapi sebab dia Muslim. Seemab sangaaatt baik hati. Siap offer datang office dia if nak solat or just for some chit chatting- daku masih tak punya office, huhuhu.. My other new friend is Geng Li from Mainland China. We are both under the same supervisor + both still not getting our office, huhuhu.. [Harus daku report segera pada supervisor]. Oh, daku payah sikit nak faham Li ni cakap. Sebab ada words yang dia cakap tak berapa jelas. But all in all, we get along pretty well.

Other Mat-Mat Sallehs ni, semuanya muka action belaka, hehehe.. Students yang lama-lama lah. Yang baru-baru, ok juga. Derang kan served Pizza Hut kan? Perghhh.. best giler!! Tapi, al-malangnya lah tak boleh lah daku makan sebab tak halal. Mujur, derang ada beli pizza for vegetarian. Mak aiii...!! Podeh gillerrr..!! Mengalir air mataku ini, tau! Apa kes letak cili api dalam pizza ni? Tak pernah dibuat orang [Malaysia] mrgreen. Kut yer pun for vegetarian, letaklah ikan ke, sotong ke kan? Bercawan-cawan juga aku minum air nak hilangkan pedas dia. Lepas tu kan, ada ler mamat ni cadangkan nak buat pre-Christmas nite [?]. Camtulah lebih kurang bunyi dia. Kira macam gi dinner ramai2 kat satu restaurant ni, budget sorang dalam £15 [mak aii..!!]. Those yang vegetarian dia akan providekan special food for vegetarian. Isk.. malas la aku nak join. Dah lah mahal. Pastu, kut la depa-depa ni 'minum2' [dah namanya christmas dinner] ke, tak pasal2 jer aku bersubahat. £15 tu bleh aku buat tambang tram seminggu tau, hehehe.. mrgreen. Seemab + the gang pun tak nak join- bagus!

Oh, lupa nak cerita!

Masa dalam kelas Research Method tu ada sorang Malaysian lady- under MARA-SPC juga. Seronoknya..!! Dapat juga kawan baru: Alex dari Singapore + Grace dari.. errr.. Africa kut, hehehe.. mrgreen. Lupa plak nak tanya dia origin mana. Ntah-ntah dari UK, hehehe..

Makanya, itulah kisah daku buat hari ini. Sangat penat. Tapi, happy sebab dapat kenal ramai orang.

Alhamdulillah, untuk hari ini.

Moga hari esok kan bertambah baik, insya Allah.. winkwinkwinkwinkwink

:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 6:51 pm [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS