Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie 4th Birthday Ticker

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





 

:: welcome to ::MinQalbi:: | :: Blogger | :: ViewMyWebsite | :: ViewMyGuestbook | :: SignMyGuestbook ::  
:: Contact :: | ViewMyOnlineAlbum :: | BlogDesignBy: Baitul `Illiyyin


:: Wednesday, October 01, 2008 ::

♥ Raya Di Manchester ♥

Selamat Hari Raya semua..

Di Manchester, kami beraya on the 30th September- sehari sebelum Malaysia. On the same date was Amsyar's 3rd birthday. Call Malaysia, budak-budak ni dah tak nak bercakap dah. Kalau cakap pun, duk tanya, ".. Ummi, Ummi kat mana..? ". Kesian, tapi nak buat macam mana.. nanti Ummi balik yer.. Miss both of the kids so much..

Pagi raya, solat aidilfitri then shoot to rumah orang-orang Melayu yang jemput untuk openhouse. Seronok juga beraya walaupun dalam keadaan hujan yang tak henti-henti- ku redah jua. Makanan semua best2. First rumah jer, perut dah penuh. Terasa perut sendat sungguh! Rumah kedua, dah tak bleh nak masuk dah makanan. Tengok je la orang makan, hehehe.. Ramai sungguh yang berkunjung berhari raya.




Kat rumah yang ke-2 ni, dah mula rasa tak sedap badan. Rasa kepala macam sakit + berat semacam. Rumah ke-3, dah rasa macam nak terbalik jer kepala. Mujur, K.Ma + Abg Taufik decided nak balik rumah dulu rehat-rehat. Masa ni aku dah rasa lain macam. Nak pitam pun ada. Telan Panadol Extra pun tak jalan. Dan beberapa jam selepas itu, aku terlantar di atas katil menahan rasa nak muntah + sakit kepala yang teramat sangat. Sampai satu masa, aku terpaksa paksa diri untuk muntah so that, lepas tu aku rasa lega. Then, memang lepas aku paksa diri utk muntah [jolok sikit tekak dengan jari], terus lega sikit + takde dah rasa mcm nak muntah. Sakit kepala still terasa lagi sampai pukul 2-3 pagi still tak dapat tidur, menahan sakit. Hari yang sama juga, aku terpaksa batalkan first meeting dengan supervisor sebab keadaan yang tak mengizinkan. Terpaksa call dia bagitahu yang aku tak sihat sangat-sangat nak jumpa dia. Mujur dia pun, ok + mintak aku take a good rest.


Petang-petang sikit lepas aku memuntahkan segala apa yang aku makan pagi tadi masa openhouse + selepas aku cuba untuk lelapkan mata sekejap, aku gagahkan diri naik bas ke city centre sebab dah janji dengan agent untuk ambil kunci rumah sewa aku. Masa nak ambil kunci tu, aku janji dengan Bibi, minta Bibi temankan aku- as precautions, kut-kut lah aku terpengsan ke masa kat city centre tu, at least ada Bibi tolong jeritkan ".. Help! Help!.." Hehehe.. Alhamdulillah, walaupun sepanjang aku kat city centre tu, beberapa kali jugak aku rasa macam nak termuntah + pitam, berjaya jugak aku sorok dari Bibi. Kalau Bibi tahu, aku rasa mesti dia cuak jer.

Itu cerita first day raya aku di perantauan secara solo. Sungguhlah tak bestnya rasa sebab takde insan-insan yang tersayang untuk berkongsi bahagia di hari raya. Sedih jer rasa bila tengok family-family lain bergambar satu keluarga dengan baju warna sedondon selepas solat raya. Aku yang warna lain dari yang lain ni [hiks!] duduk jauh je la, menyaksikan telatah mereka bergambar, hehehe.. Terhibur juga rasanya walaupun jauh di sudut hati terasa 'sangat sunyi'.


Cubalah korang bayangkan perasaan aku masa ni macam mana..
Tapi, aku kan macho, hehehe..

Hari ni, kepala aku ada rasa ok sikit dari semalam- walaupun sekejap-sekejap ada juga rasa macam nak pitam. Dan, hari ini juga aku dah masuk ke rumah sewa aku sendiri. Thanks pada K.Ma + Abg Taufik yang susah payah tolong menghantar + mengangkat barang2 aku yang penuh selori [eheh, xde la sampai selori pun]. Memula-mula aku fikir, sure sangap jer aku duk sorang-sorang kat rumah ni- ya la, broadband, tv semua tu mana ada lagi. Mujur bila aku bukak laptop, ada open wireless yang berbayar. One day for £3. Ok lah tu, bayar pun bayar lah. Janji takde lah aku sangap sangat, hehehe.. Boleh ler aku tengok program raya siaran tertunda kat tv3.com.my [kalau ada], hehehe..

I'm proud of myself sebab tak menangis pun sepanjang malam raya sampai ke hari raya- walaupun air mata tu duk bergenang juga di bibir mata. Tapi, tadi.. bila Abang bagi sms syahdu, terus mengalir air mata.......

Mungkin sebab jauh.
Mungkin sebab tak ada di depan mata.


Yang pasti,
..mungkin sebab rindu sad.

:: bAiTi Successfully Scribbled Her Head @ 4:58 pm [+] :: | Viewers Viewing ()




 

 

 

 

Click to view my Personality Profile page
ABOUT
:: A devoted wife to Syahrizal + an endless-love Ummi to her 2 adorable babies ---> `Illiyyin Aufa + `Iyaad Amsyar ::

Subscribe ME ;)
ARCHIVE
|BEST VIEWED ON FIREFOX|
Daisypath Anniversary Years Ticker
:| MYLITTLEONES' |:
Your Muslim Kids Online StorePromote_banner
MYSHOUTBOX
 
FOR YOU
TIME ANYONE?
Manchester
Kuala Lumpur
DISKUSI LINKS
:: Hanan ::
:: Shukur ::
:: Raudhah ::
:: Sembang2 ::
:: BicaraMuslim ::
ISLAMIC LINKS
:: SaifulIslam ::
:: Ikim.Fm ::
:: Al-Islam ::
:: IslamiWay ::
:: IslamOnline ::
ALUMNI
:: UKM::
:: Uniten::
:: Friendster::
ME + MY BABIES
:: Mother&Baby::
:: Recipes4Kids::
:: Recipes4UmmiAbi::
:: MoreRecipes4UmmiAbi::
:: More>Recipes4UmmiAbi::
PlayhouseDisneyChannel::
STOPOVERS
:: Ili::
:: Budi::
:: Aida::
:: Aini::
:: Alin::
:: Anne::
:: Yana::
:: Inaz::
:: Saffa::
:: Wani::
:: Zilla::
:: Hanim::
:: Mynie::
:: Raiyan::
:: DrMaya::
:: DrFaez::
:: Aisyah::
:: Ellies::
:: KakLuna::
:: CikDinz::
:: Rehanni::
:: Rafique::
:: Raihana::
:: Ridzuan::
:: SitiLina::
:: Tinidewi::
:: DrNehar::
:: MamaIrfan::
:: AinulQalb::
:: Okinokiyo-Mai::
:: RosSUriana::
:: LittleSecret@Nagano::
:: D@Coventry::
:: Fini@London::
:: Ihab@London::
:: Zakiah@Dubai::
:: Ailin@Aalborg::
:: Nurin@So`ton::
:: Affzan@So`ton::
:: Yus@Sheffield::
:: AnitaKema@Sheffield::
:: Sot@Singapore::
:: Juwaidah@Cardiff::
:: MamaSarah@Coventry::
UmmuAhmads@London::
Mama+Taufiq@Manchester::
LABELS