Hehehe.. Lama kan tak berupdate? Ramai sangat dah yang bertanya mana peginya Baiti ni, hehehe.. Ada, masih ada di sini. Cumanya, masa tu yang selalu takde- masa yang terbaik untuk memblog. Sekarang ni ada banyak perkara yang perlu diprioritikan. Jadinya, perlulah prioritised kan yang mana paling penting, kan?
Oh, tak-tak! Bukan kata berblog ini tak penting. Cuma, ada lagi perkara yang lagi penting dari yag ini. Sebenarnya, selalu juga tangan aku ni rasa gatal nak update blog tapi, xde masa yang sesuai, hehehe..
So, sekarang ni.. tengah allocate 1 hour untuk buat update untuk gang-gang sekalian. Hiks, kalau tak buat gitu, alamatnya.. lama lagi la aku nk update ni, hehehe..
Tup tap tup tap, sekejap je dah tahun baru kan? Cepatnya la.. masa berlalu. Aku, kalau masuk tahun baru ni sure rasa macam makin
wiser gitu, hehehe.. [Amat perlu menggunakan perkataan itu yer, kawan-kawan. Perkataan t*a, belum tiba masanya untuk disesuaikan dalam situasi ini, hehehe..]. Aku rasa tu memang syndrome untuk mereka-mereka yang lahir bulan Januari kut.. huhuhu..
Lahir bulan Januari ni, bagi aku agak special [bagi aku lah, korang aku tak tahu, hehehe..]. Sama specialnya jugak kalau orang yang lahir bulan Disember [err.. tak bermaksud aku abaikan bulan2 yang lain. Setiap bulan ada keistimewaan masing2.]. Selalunya, SELALUnya lah.. orang kata, [ORANG KATA!] lahir bulan Januari ni, cepat matang [eceh! :P]. Dah tu, dia yang lahir dulu kan? Sure la cepat sikit otak dia berkembang dari orang yang lahir di bulan-bulan yang lain, hehehe.. Tapi, perkara ni secara scientificnya perlu diperincikan lagi, memandangkan banyak related factors yang memungkinkan kematangan pemikiran manusia.
[Aisey dah tinggal 45 minit. Aku dah berlalut tang mana ni? Hahaha..]
Oklah, kita straight to the point- senang cerita. [Itulah pasalnya, kalau dah lama gila tak update blog, rasa bagai tak terpijak tanah nak bercerita, hehehe.. ---> layankan ajer :P]
The Whole Family Are Finally in ManchesterI was back in Malaysia for merely about 2 weeks. It was planned around not less than 1 week. Disebabkan Abang ada sedikir problem dengan working permit visa nya, aku pun terpaksa la postpone dalam seminggu lagi. Ya lah, kalau aku nak balik pun.. aku nak naik apa? Sapa nak bayar tiket flight aku? Sebab tiket balik ke UK, disponsor oleh company Abang. Jadinya, nak tak nak.. aku kena postponekan juga, hehehe.. Nasib baiklah.. aku dah inform awal-awal kat supervisor aku ;).
Once dapat tahu yang visa dah settle, maka kitaorang pun berdesup prepare untuk pulang ke UK. Abang arrangekan mover untuk datang air-frieghtkan barang-barang yang kami nak bawak ke UK. Beratus-ratus kilogram juga jumlah semua barang yang diangkut. Tapi, bukan semua barang-barang kitaorang, ada few friends di UK juga yang memesan barang through families mereka di Malaysia. Yang syukurnya, khidmat mover ni, di-sponsor sepenuhnya oleh company. Jadinya, murah rezeki tak perlu keluarkan duit sendiri untuk kos Malaysia-London.
The day after mover datang angkut segala barang, kami pun berangkat ke London. Yang bestnya, Mama ikut sekali dengan kami purposely untuk jaga Amsyar sementara dia entitle for free hours in private nursery starting in January. Jadinya, alhamdulillah.. merasa lah juga aku naik flight Business Class dengan Abang, Aufa + Amsyar-sponsored by company Abang juga. Mama, hehehe.. kena duduk kat seat Economy Class sebab tiket Mama, kitaorang beli sendiri. Sesekali, Mama akan merayau kat seat Business Class, main-main dengan Aufa + Amsyar. Ada sorang Mat Saleh kat Business Class ni, tegur Aufa + Amsyar, "Oh, nowadays.. children are also demanding for Business Class, eh?". Hahaha, rezeki namanya tu. Kalau sendiri keluar duit, takdenya aku nak book Business Class ni. Mahal tuh..
Abi melayan Aufa + Amsyar tengok cartoon
[Oh, 15 minit lagi! Kalau samapai sejam tak habis update lagi. Aku sambung kemudian yer kawan-kawan, hehehe..]
Sampai jer kat Heathrow, Aufa memang excited habis la- biasalah, first time balik 'kampung'. Amsyar pulak, tergeleng-geleng kepala tak nak berbaju sejuk. Pelik sungguh aku rasa Amsyar tu, huhuhu.. Siap menangis-nangis pulak tu. Dah lama-lama, bila dia terasa angin sejuk UK tu baru lah dia nak pakai. Aduhai, anakku sorang..
Dari Heathrow, kami ambil coach National Express ke Waterloo where the hotel that Abang entitled for a month free situated. Kami bermalam kat situ before bertolak balik ke Manchester keesokan harinya. Plan kami masa tu, aku + Abang akan ke Luton untuk pick-up kereta yang kami simpan sementara di rumah sahabat kami di sana dan, selepas itu, baru kami balik ke Waterloo semula untuk ambil Mama, Aufa + Amsyar untuk balik ke Manchester.
Breakfast @
Park Plaza Hotel, Waterloo, LondonSeminggu sampai di Manchester, masing-masing jetlag. Asal gelap jer, semua tertidur. Lagipun, kat sini, jam 3pm dah masuk Maghrib. So, jam 6pm semua dah lena habis, hehehe.. Tup-tup, pukul 1 semua berjaga balik + lapar, hehehe.. Mama, aku rasa makan tanpa henti. Ada jer, aktiviti makan [tidur] dia, hehehe..
Oh, aku lupa.
Masa aku balik Malaysia sekejap tu, Amsyar tetiba kena chicken pox. Aku musykil + tak tahu dia berjangkit dengan siapa sebab bila aku fikir-fikir, masa aku balik tu, aku takde bawak dia jumpa mana2 budak yang demam atau sakit. So, memandangkan kitaorang plan nak balik ke UK dalam masa terdekat, agak gelabah juga memikirkan Amsyar ditahan di imigresen + tidak dibenarkan menaiki kapal terbang. Sebab kitaorang tanya doktor kat klinik, kata doktor.. imigresen agak strict bab ni + mungkin tak dibenarkan menaiki pesawat. Tapi kan, Amsyar ni.. aku rasa extra-ordinary sungguh. Dia langsung tak demam masa kena chicken pox tu. Hyperactivenya dia, masih hyper, hehehe.. Langsung takde rupa orang kena demam chicken pox melainkan bintik-bintik kat badan + muka dia yang obvious tu. Alhamdulillah, kalau tak.. susah hati juga aku ni. Nasib baik lah jugak masa dia kena tu, masa aku ada di Malaysia. Boleh lah aku take care dia 24/7.
Amsyar dengan mukanya yang berbintik-bintik chicken pox sesampai di London
Berbalik cerita nak ke UK dengan Amsyar yang berchicken pox. Hohoho.. kitaorang sangat susah hati, OK.. Dia xdelah demam ke apa which is OK lah. Tapi, bintik2 kat muka dia tu.. kitaorang nak sorok camne? Maka, kitaorang pun
gamble ajer tetapkan tarikh flight balik + fikir cara nak sorok muka dia yang berbintik-bintik tu. Masa hari nak berlepas, aku pakaikan dia baju yang tutup semua badan dia- baju lengan panjang yang bleh tutup leher + seluar panjang. Stokin, aku make sure stokin yan panjang sampai ke lutut. So that, kalau terselak ke seluar dia, takdelah nampak bintik-bintik kat kaki yang bersapu dengan
calamine, hehehe.. Maka muka dia, memula aku biar jer
calamine tu tertempek kat muka dia. So, that.. nampak macam pakai bedak kat muka waktu basah, hahaha.. Pastu, tah camne.. Mama kata kita padamkan ajer
calamine tu guna air- nampaklah molek sikit muka anak bujang gue yang seorang itu, hehehe.. Everytime, nak melepasi imigresen jer.. aku cuba alihkan muka Amsyar ke tempat lain so that, derang tak perasan. So, lepaslah kitaorang ke dalam flight. Tapi, akak stewardess yang serve kitaorang masa dalam flight tu.. aku rasa terperasan muka Amsyar yang macam kena chicken pox tu- tapi, dia buat dek jer, hehehe..
Aisey, panjang plak aku citer pasal chicken pox Amsyar ni, hehehe..
Amsyar + Mama kena Flu InfectionOK2,
Lepas 2 minggu lebih kurang ada kat Manchester, Mama + Amsyar kena demam panas yang teruk. Kat sini derang panggil kena
Flu. Tak boleh nak bangun, hilang selera makan, batuk-batuk, demam yang sangat panas. So, aktiviti makan Mama pun berkurangan, hehehe.. Dan, Amsyar yang super active, dah jadi super lembek. Amsyar, dari kecik.. memang sangat jarang demam2, batuk atau selsema. Jadinya, bila terkena sekali.. memang teruk juga penangannya. Asyik merengek 24/7. Aku risau sangat yang Aufa terjangkit sama. Sebab Aufa ni kalau demam teruk juga- dia kurang sikit kuatnya dari Amsyar. But, alhamdulillah.. Aufa sangat kuat. Dia peneman Ummi take care Amsyar + Tok Mama dia. Ada satu masa, aku pun rasa macam nak terdemam sama sebab derang memang sakit teruk masa tu. Mujur, badan aku ni memang jenis yang susah banget nak lekat demam, hehehe.. Kalau aku demam.. camno lak depa2 tu kan? Hehehe..
Aufa's First Day @ SchoolFew days after sampai kat Manchester, aku ke sekolah Aufa.. bawak dia tengok-tengok tempat belajar dia before betul-betul dia start the next weeknya. Aufa sangat excited nak start school. Kat sini, September after kid's 4th birthday dah bleh start school. Kiranya, Aufa dah masuk sekolah betullah cumanya bukan dalam darjah satu [Year 1]. Derang panggil kat sini, Reception Class. Sekolah kat sini free.. Tu yang bestnya. Walaupun free, facilities derang tip top. Cara derang give the lessons pun sangat bagus. Dalam kelas Aufa, in fact in the whole reception classes.. Aufa sorang sahaja yang Asian + Muslim. Yang lain mostly white British + few from European countries. Jadinya, Aufa memang jadi tumpuan cikgu-cikgu especially. Cikgu-cikgu Aufa pun, kenallah aku sebabnya aku sorang jer Asian. So, everytime jumpa the teachers derang kenal aku, mak Aufa ;). Alhamdulillah, sebab dari kecil lagi Aufa + Amsyar dah aku ajarkan basic English, mereka takde masalah untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan yang lain.
Aufa @ Seedley Primary School during the school visit
Tengoklah, Amsyar tu. Suka sangat buat muka pelik bila diambil gambar ;)Setiap kali ambil Aufa dari sekolah, aku rasa.. aku yang terlebih excited dari Aufa, hehehe.. Aku eager nak tahu apa yang dia buat masa di sekolah. Ada lah sikit rasa sentimental tuh, huhuhu.. Tak percaya sungguh, Aufa dah masuk sekolah. Dah besar rupanya anak aku.. :). First few days, bila balik dari sekolah.. Aufa tak banyak cakap. Baru mula sesuaikan diri. If aku tanya, apa nama kawan-kawan dia.. dia akan angkat bahu + kata, "..
I don't know..", huhuhu.. Sekarang ni, everytime masa tunggu pintu
school dia nak buka jam 8.50am, dia akan bagitahu aku sorang-sorang nama kawan dia yang tengah tunggu sama kat luar pintu tu. Siap describe sapa yang pakai
smelly socks, sapa yang
naughty, sapa yang ada
nice boots, beautiful jacket etc. hehehe..
Aufa preparing for the first day @ school. Again, Amsyar buat muka pelik :P
Ada satu hari tu, masa aku ambil dia dari
school, dia citer.. kawan dia nama Kean [boy] kiss dia sambil kata, "
.. You are funny, Aufa .." Aufa citer tu, sambil cakap "..Yuks!! Yuks!!.. " Hohoho.. bahaya nih.. bahaya nih.. Tok Mama pesan, kalau
next time Kean nak kiss Aufa, Aufa jerit jer kat dia, hehehe.. Aku? Gelak jer la.. Aduhai, budak-budak ni.. Macam-macam cerita tau setiap kali ambil dia balik dari
school, hehehe.. Masa nak dekat Christmas, ramailah kawan-kawan Aufa yang bagi dia Christmas card. Aufa selalu ejek cara cikgu-cikgu dia [Mrs Barcroft + Mrs Pis] pronounced nama dia as Aouww-fa, hahaha.. Kelakar-kelakar.. Christmas cards yang dia dapat tu, nak tak nak kena lah balas kan? Tapi, aku tak lah balas Christmas card juga- dah macam join derang sambut Christmas plak- tak boleh, kan? So, aku decided bake for the whole kids in the class something special + printkan
Love, Aufa + pasted on each + every item I baked. So, that is like as a sign of thank you for the cards given. Masa distributekan benda tu kat all the kids during the time that we waited for the door to open, the kids were sooo excited + mak2 derang pun macam "..Aaa, that's so nice of you..", hehehe..
The excited girlSo, hari ni.. is the first day of school after 2 weeks of Christmas break. Can't wait to hear the stories from her again, kejap lagi ni, hehehe.. ;)
Amsyar is Going for A NurseryInsya Allah, 12hb ni.. Amsyar pulak start '
school' dia kat private nursery. Dia tak entitle lagi untuk masuk
school yang sebenar until next Sept. Last time, ada bawak dia masa nak view nursery tu, punya lah excited sampai tak nak balik. Memula, aku risau juga Amsyar ni takut tak bleh stay kalau aku hantar dia nanti. Aku imagine, sure dia nanti meraung-raung tunjuk perasaan, hahaha.. Alih2, elok jer bye-bye aku masa time nak balik after buat lawatan kat nursery tu. Pulak dah.. tak nak balik pulak budak ni, hehehe.. Huhuhu, tapi nursery Amsyar memang best lah. Patutlah.. Amsyar tak nak balik, sebabnya.. aku pun rasa macam nak stay jer duk situ, hehehe.. :P
With Tok Mama in front of the nursery after the first visit
@ Lark Hill Sure Start Children Centre
Excited, as well.. ;)
Playing + digging sand with a friend
The playing area PhD ProgressAlhamdulillah, so far so good. Starting this month, sepatutnya mengikut jadual yang aku rangka.. aku perlu start literature review writings aku bulan ni- moga Allah permudahkan.. Bulan ni jugak, aku rasa.. aku akan agak busy dengan beberapa perkara berkaitan dengan PhD. Macam LR writings tu, ada presentation, few stuff to be submitted to my SV etc. Hopefully, semuanya berjalan lancar. 2 minggu cuti dari research, hehehe.. Kena panaskan engine semula ni ;) ;) ;). Mama pun dah balik Malaysia last week, jadinya.. aku akan sangat sibuk juggling between the kids, the household as well as my study +
MyFirstep [hopefully]. Mohon sangat2 Allah kuatkan semangat aku ni ;). PhD office aku di Lamb Buiding masih tak ber-PC. Menurut kata Li, Hadi + Hiro.. derang sangat lembab [atau buat-buat lembab :P] sebab semua students kat Lamb Building tu akan ditransfer kesemuanya ke Kilburn Bulding- pusat kepada Computer Science Department. Bila? Aku + mereka2 pun tak tahu, huhuhu.. Aku dah tak kisah sangat dah pasal office tu sebabnya, aku akan spend masa buat kerja kat rumah [lagipun jimat duit tambang tram aku, hehehe.. Dah naik pulak tu tambangnya start semalam, aisey..]
Last sekali aku jumpa SV aku, sebelum cuti Christmas yang lepas. Aku bagitahu plan aku untuk PhD ni- cara macam mana aku nak buat prediction untuk projek PhD exclusive aku tu [exclusivenyerr... lah, hehehe..]. Moga Allah permudahkan sebab ada part yang agak tricky walaupun nampak sangat idealistik. Citer-citer pasal PhD ni, sampai sekarang.. aku rasa bagai tak percaya lagi dapat peluang ni. Syukur sangat-sangat.. Siapa sangka, surirumah macam aku ni akhirnya Allah izinkan juga + diberikan peluang untuk menggapai impian. So, aku perlu guna peluang ni sebaik mungkin. Impian ni yang dulu, aku rasa mustahil nak kecapi. Yang hampir-hampir aku putus asa untuk terus berusaha mencuba. Impian yang dulu aku sendiri segan nak bercerita. Mohon izin aku tegaskan di sini, tujuan utama aku untuk sambung pengajian bukan kerana wang ringgit atau kedudukan yang bakal dikecapi setelah memperolehinya. Tapi, kerana ada sesuatu yang sedang aku cari + dengannya, aku harap dapat memperbaiki diri, dapat mengenali diri sendiri, dapat mengetahui kemampuan diri. Dan, moga juga dengan ini, aku akan terus mendekatkan diri.. kepadaNya.
Abang
Alhamdulillah, Abang takde banyak komen pun tentang kerja barunya. Rasanya, Abang lebih enjoy dengan suasana kerja yang baru walaupun dari company yang sama. Abang hanya akan berada di London during weekdays, dan setiap Jumaat selepas kerja.. Abang akan pulang ke Manchester dengan menaiki Virgin train yang tiketnya, Abang tempah sebulan atau 2 bulan lebih awal. Harga tiket ulang alik London-Manchester ni jugak agak memakan belanja. Tapi, nak buat macam mana kan? Perjalanan dari London ke Manchester ambil masa dalam 2 jam dengan train-ok lah tu kan. Kalau dengan bas, mahu ambil masa dalam 4 jam lebih kurang-macam KL-JB jauhnya. Hmm, sekarang ni.. Abang dah ada hobby baru tau, huhuhu.. Sekarang kan, Abang ni aku tengok.. gila sungguh bershopping. Pantang jer nampak sales, hehehe.. Aku pulak yang naik gerun menengoknya, hehehe.. Hmm, kat sini.. shopping memang lah sangat best, sebab barang-barangnya murah. Cuma perlu beringat-ingatlah, kalau tak.. ada yang makan pasir nanti, hehehe.. Nanti aku citerkan pasal hari Boxing Day kami- hari shopping ;).
Depan Trafford Centre after bought the stuff we wanted before. We were here earlier in the early morning + decided to left Amsyar with Mama to grab the stuff in the store that opens @ 10am somewhere in Stockport ;)
This is the store. Can you guess what is the thing we were queing for..? ;)
And, this is the queue. Lama tu, kitaorang beratur.. Dah la sejuk bangettt. Nasib baik staff kedai tu offer free coffee + tea ;) ;)Oklah, panjang dah ni aku update. Insya Allah, ada masa aku update lagi yer..




Aufa said, ".. I miss Tok Mama, Ummi."
Amsyar said, ".. Me too.. "
Aufa, ".. Me, three.."
Amsyar, ".. Me, four.."
And the counting goes on sampai bergaduh2, hehehe..
ps: nanti aku masukkan beberapa gambar dalam ni buat tatapan semua, especially makcik-makcik aku yang sibuk bertanya bila nak update + bubuh gambar. Huhuhu.. peminat setia tuh.. :P ---> UPDATED ;)
Till then,
salam.. :)